Bajet 2023BANTUANBAP

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Januari 2023

Bantuan awal persekolahan RM150 adalah merupakan inisiatif yang telah dilaksanakan pada setiap tahun untuk pelajar yang memerlukan. Berita gembira untuk semua baru-baru ini pada sidang Bajet mini 2023, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan BAP sebanyak RM150 ini akan diteruskan pada tahun 2023.

INSENTIF UNTUK PELAJAR

Untuk makluman, pemberian bantuan awal persekolahan RM150 ini diberikan kepada pelajar bagi membantu meringankan beban kos pembelanjaan barangan sekolah mereka. Tambahan, pada tahun 2023 bantuan tunai sebanyak RM150 secara ‘sekali bayar’ ini akan diberikan tanpa mengira latar belakang keluarga seperti pendapatkan penjaga atau ibu bapa.

Kepada pelajar yang layak akan menerima bayaran secara one-off pada bulan Januari hadapan pada kadar bantuan sebanyak RM150 setiap orang. Untuk makluman, bantuan BAP sebelum ini diberikan terhad mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Namun menerusi sidang bajet mini 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan BAP tahun 2023 akan diberikan tanpa melihat latar belakang keluarga. Pemberian bantuan tunai ini akan diberikan kepada semua pelajar yang berkelayakan memerlukan pada bulan januari nanti.

SYARAT KELAYAKAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan BAP RM150 seperti berikut :

  • Penerima bantuan hanya kepada Warganegara Malaysia
  • Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setarat
  • Pelajar yang menuntut ilmu di sekolah rendah, menengah, sekolah bantuan kerajaan, sekolah jenis agama negeri, sekoalh agama rakyat dan sekolah swasta.

KADAR BANTUAN 

Untuk sedia maklum, kadar bantuan telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Bayaran akan mula disalurkan pada bulan Januari 2023 secara berperingkat pada kadar bantuan sebanyak RM150 secara one-off kepada pelajar yang memerlukan.

PERMOHONAN & JADUAL BAYARAN

Perlaksanaan pemberian inisiatif bantuan BAP RM150 ini akan disalurkan pada awal bulan Januari 2023. Manakala bagi permohonan, ia adalah mengikut ketetapan dari pihak sekolah masing-masing. Untuk semakan bantuan lain yang ada dalam Bajet 2023, anda boleh semak – DI SINI

INFO LANJUT

Untuk anda yang terlepas pandang, terdapat pelbagai jenis kemudahan, program dan inisiatif yang telah disediakan. Ini semua dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan b40 dan miskin tegar.

Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan kewangan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – SEMAK DISINI bagi rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button