BANTUANFASA 3STR

Semakan STR Fasa 3 : Jadual & Jumlah Bayaran

Semakan STR fasa 3 yang dijadualkan akan diagihkan pada bulan Julai nanti ke seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada. Untuk makluman umum, bayaran fasa berikutnya akan melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas pada kadar yang berbenza mengikut kategori.

SEMAKAN STR FASA 3

Untuk sedia maklum, pembayaran STR fasa 1 telah selesai dibayar pada 17 Januari dan bayaran STR fasa 2 sedang dalam proses pengagihan bermula 5 April lalu. Kini dikongsikan maklumat berkenaan semakan STR fasa 3 yang perlu anda ketahui.

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru yang dilakukan pada bulan Mac lalu, anda akan terima bayaran Sumbangan tunai rahmah (STR) pada fasa berikutnya yang dijadualkan Julai 2023.

KADAR BAYARAN STR FASA 3

Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran yang ditawarkan kepada penerima pada fasa ketiga (3) nanti adalah berbeza iaitu RM100 sehingga RM800. Di bawah disediakan lebih terperinci berkenaan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori.

KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM150 seorang

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM300 seorang

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,500 DAN KE BAWAH)

  • RM300 : Tiada tanggungan anak
  • RM400 : 1-2 anak
  • RM600 : 3-4 anak
  • RM800 : 5 dan lebih anak

ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran : Isi rumah tiada anak
  • RM150 : 1-2 anak
  • RM200 : 3-4 anak
  • RM250 : 5 dan lebih anak.

Nota : Pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah menawarkan bantuan tambahan STR bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Inisiatif khas ini ditawarkan kepada golongan penerima sedia ada isi rumah yang tergolongan dalam kumpulan miskin tegar.

JADUAL BAYARAN STR FASA 3

Suka diingatkan pembayaran fasa berikutnya STR akan diberikan secara berperingkat pada bulan Julai 2023. Maklumat berkenaan tarikh bayaran akan dikemaskini selepas pengumumkan rasmi kerajaan nanti.

SEMAKAN STATUS STR 2023

Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah akaun anda. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan STR ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan sasar. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button