BANTUANMyKasihSARA

Bantuan SARa MyKasih RM600 : Mula Dikreditkan Berperingkat

Bantuan SARa MyKasih RM600 telah mula diagihkan dan dikreditkan secara berperingkat mengikut kawasan negeri penerima. Untuk makluman, pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini adalah insentif tambahan yang diberikan kepada penerima STR.

BANTUAN SARA MYKASIH RM600

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan berjumlah RM600 kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Inisiatif istimewa ini ditawarkan kepada golongan yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini.

Perlaksanaan bantuan SARa Mykasih RM600 ini diagihkan secara berperingkat sehingga Disember 2023. Dengan adanya bantuan tambahan ini, bermakna jumlah keseluruhan yang layak terima adalah sehingga RM3,100 berbanding RM2,500.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

Seperti sedia maklum, kaedah bayaran bagi bantuan khas ini adalah secara pengkreditan ke dalam Mykad penerima. Jadual bayaran bagi kawasan negeri di semenanjung adalah seperti berikut :

  • Julai 2023 – RM100
  • Ogos 2023 – RM100
  • September 2023 – RM100
  • Oktober 2023 – RM100
  • November 2023 – RM100
  • Disember 2023 – RM100

Manakala bagi penerima kawasan negeri Sabah, Sarawak dan labuan. Mereka akan menerima bantuan ini secara sekaligus berjumlah RM600 pada bulan Ogos ini.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi bantuan SARa ini, syarat kriteria kelayakan telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) Miskin Tegar

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH

Bagi yang tidak pasti, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan status, sila layari laman web rasmi SARa MyKasih – KLIK DISINI

Pada halaman utama, anda klik pada ‘Semak Status’ dan masukan maklumat yang diperlukan. Status anda akan dipaparkan sama ada layak atau tidak menerima bantuan tambahan ini.

Kepada penerima yang layak, amaun tersebut boleh dibelanjakan menggunakan mykad di mana-mana pasaraya yang berdaftar sehingga Disember 2023.

INFO LANJUT

Selain SARa, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang boleh semak dan lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button