BANTUANRUMAHTEDUH

Program Rumah Mampu Milik Golongan B40

Program rumah mampu milik ini adalah bagi mereka yang mempunyai pendapatan bulanan rendah dan sederhana. Untuk makluman, pihak Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan sebuah portal bagi memudahkan rakyat Malaysia. Terumata kepada kumpulan B40 yang sedang mencari atau merancang membeli rumah dengan kadar harga mampu milik melalui TEDUH.

PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK

Bagi yang terlepas pandang, sistem TEDUH merupakan portal laman rasmi yang memaparkan maklumat penuh dan fungsi carian berkaitan dengan program serta projek perumahan awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Melalui sistem ini menjadi gerbang ‘One-stop Centre’ kepada kumpulan yang ingin memohon program perumahan di bawah kendalian Jabatan Perumahan Negara (KPKT) tahun ini.

SENARAI SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK

PPR Untuk Dimiliki

Program rumah PPR untuk dimiliki adalah inisiatif kerajaan yang berbentuk menyediakan penempatan terancang serta selesa kepada golongan sasar iaitu kumpulan yang berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

Bagi harga jualan rumah PPR adalah RM35,000 untuk seunit bagi semanjung Malaysia manakalan RM42,000 seunit bagi negeri Sarawak dan Sabah. Skim rumah PPR ini diperkenalkan bagi membantu golongan sasar untuk memiliki rumah mampu milik yang selesa.

RUMAH PR1MA

Program Rumah PR1MA merupakan skim perumahan yang berkualiti tinggi dan berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang mempunyai pendapatan sederhana (B40 & M40).

Bagi kadar harga rumah PR1MA adalah bermula daripada RM100,000 sehingga RM400,000 seunit. Kepada golongan sederhana yang sedang mencari rumah untuk didiami terutama rumah pertama amat disarankan untuk rumah PR1MA ini.

SKIM RUMAH PPAM

Program PPAM adalah merupakan sebuah skim rumah mampu milik bagi golongan penjawat awam seluruh Malaysia. Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2013 dan masih kekal diteruskan.

Perlaksanaan program PPAM ini bertujuan bagi membantu kumpulan penjawat awam membeli rumah mereka terutama di kawasan bandar-bandar utama di dalam negara.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Sekiranya anda sedang mencari atau merancang untuk membeli rumah pada kadar harga mampu milik. Anda boleh membuat pendaftaran permohonan, kerana terdapat pelbagai jenis program dan projek perumah yang disediakan melalui sistem TEDUH.

Untuk semakan panduan daftar permohonan, anda boleh lakukan secara atas talian. Sila layari Portal rasmi TEDUH KPKT – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai bagi membantu rakyat yang memerlukan. Untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button