BANTUANBKMBKM Tambahan

Kategori Penerima BKM Tambahan RM500

Kategori penerima BKM tambahan sebanyak RM500 telah diumumkan. Ramai yang tidak tahu dan mengangap semua kategori akan menerima bayaran tambahan ini.

Untuk makluman tidak semua kategori layak menerima bayaran tambahan ini, hanya terdapat 2 kategori sahaja yang diberikan insentif tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini.

KATEGORI & KADAR BAYARAN BKM TAMBAHAN

Kepada yang terlepas pandang, pembayaran BKM tambahan akan diberikan kepada kategori berikut dengan kadar seperti dibawah :

  • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus warga emas dan mempunyai tanggungan anak menepati syarat akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM300
  • Penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500.

JADUAL BAYARAN BKM 2022

Beikut adalah merupakan tarikh jadual pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 seperti yang telah disediakan dibawah :

  • Pembayaran Fasa 1 : Bermula 28 Mac 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Pembayaran Fasa 2 : Bermula 27 Jun 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Pembayaran Fasa 3 : Bermula 20 September 2022 secara berperingkat
  • Pembayaran Fasa 4 : Bermula Disember 2022 namun telah diawalkan pada 15 November 2022.

Untuk bayaran disalurkan secara kredit ke akaun masing-masing. Bagi penerima tiada akaun bank, boleh tebus di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS BKM

Untuk semakan status BKM anda atau ingin semak adakah anda penerima BKM tambahan ataupun tidak. Semakan boleh dibuat secara atas talian, sila layari portal rasmi BKM – DI SINI

Jika tiada maklumat bkm tambahan dipaparkan di status semakan anda, bermakna anda tidak layak menerima bayaran tambahan ini.

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan BKM ini, sila ke laman rasmi BKM. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh menghubungi talian khas LHDNM di 1-800 88 2747.

INFO TAMBAHAN

Selain daripada bantuan BKM tambahan ini, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama golongan sasar iaitu kumpulan B40 dan miskin.

Jika anda terlepas pandang, anda lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya insentif berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon. Sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button