BANTUANBINGKAS

Bantuan BINGKAS Sebanyak RM 300 Untuk Keluarga Malaysia

Untuk sedia maklum pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah bantuan berbentuk kewangan sebanyak RM 300 iaitu dikenali sebagai bantuan BINGKAS. Program bantuan ini disediakan bagi membantu keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik untuk meringankan pembelanjaan harian.

Objektif utama bantuan ini diberikan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang mencari rezeki untuk menguruskan hal ehwal keluarga, menampung dan membesarkan ahli keluarga khusus dalam pasca pendemik dan dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.

Menerusi kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari menyatakan program bantuan ini dapat meluaskan kadar penerima serta menambahbaik program terdahulu iaitu Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) agar golongan lain turut merasakan insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan negeri Selangor.

Kira-kira sebanyak 30 ribu buah keluarga dengan bantuan RM 300 akan disalurkan untuk setiap bulan. Bantuan ini adalah bagi menampung pembelian barangan berbentuk keperluan sasa dan peralatan pendidikan.

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Ahli tanggungan berumur18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan bulanan semasa RM 3,000 dan kebawah
  • Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.

Panduan Daftar Permohonan

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, sebarang permohonan boleh dilakukan dengan mudah secara online. Sila ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai. Layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button