eGumisWang Tidak Dituntut

eGumis : Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

eGumis : Semakan Wang Tidak Dituntut boleh dilakukan secara online oleh setiap individu warganegara Malaysia. Tahukah anda terdapat wang yang boleh dituntut dalam semakan kad pengenalan dari pelbagai sumber.

EGUMIS : SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT

Untuk makluman, setakat suku pertama tahun ini, jumlah wang tidak dituntut (WTD) berjumlah sekitar RM11 bilion dan jumlah meningkat setiap tahun. Dahulu untuk membuat semakan kena beratur di kaunter, namun mengikut peredaran masa, kini anda boleh membuat semakan secara online.

Ramai yang masih terlepas pandang dan tidak tahu berkenaan WTD ini, untuk pengetahuan umum wang tidak dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber. WTD ini adalah wang yang sepatunya diberikan kepada individu tetapi tidak diterima.

WTD ditakrifkan sebagai wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya namun tidak diberikan dalam tempoh masa lebih setahun. Termasuklah wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan individu dengan apa cara dalam tempoh 7 tahun.

JENIS SUMBER WANG (WTD) EGUMIS

Antara jenis sumber WTD yang boleh dituntut adalah seperti bentuk simpanan, dividen, bank draf, tuntutan insurans dan sebagainya. Ia merupakan dana yang sepatutnya pemilik dapat tetapi belum diterima.

Kepada mereka yang belum cek, anda boleh membuat semakan secara dalam talian untuk mengetahui sama ada mempunyai WTD ataupun tidak. Panduan disediakan di ruangan bawah untuk memudahkan urusan semakan dilakukan.

PANDUAN CARA SEMAKAN WANG WTD

Untuk makluman, sehari dibenarkan membuat semakan 2 kali sahaja. Panduan cara daftar dan membuat semakan telah disediakan seperti berikut.

  1. Langkah pertama sila layari laman rasmi eGumis – DI SINI
  2. Jika belum pernah, anda perlu daftar sebagai pengguna
  3. Kemudian log masuk menggunakan butiran yang anda telah daftarkan
  4. Kemaskini maklumat penggunan
  5. Log masuk
  6. Tekan pada carian wang tidak dituntut
  7.  Semakan melalui kad pengenalan
  8. Sekiranya anda mempunyai WTD akan dipaparkan dan tuntutan permohonan boleh dilakukan.

Nota : Untuk semakan wang tidak dituntut ini dibuka sepanjang tahun dan boleh lakukan secara dalam talian. Untuk info lengkap berkenaan WTD ini anda boleh rujuk di portal rasmi eGumis yang disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button