KerajaanWang Tidak Dituntut

Panduan Semak & Dapatkan Wang Dari Pelbagai Sumber (WTD)

Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Melalui E-Gumis ANM 2022

Tahukah anda, terdapat sebuah semakan yang anda boleh lakukan untuk semak dan dapatkan Wang Tidak Dituntut sekiranya ada yang mana boleh datang dari pelbagai sumber. Pihak kami kongsikan maklumat panduan untu semak dan dapatkan wang tidak dituntut melalui Akauntan Negara Malaysia.

Apakah itu Egumis ANM?

Portal E-GUMIS adalah merupakan sebuah sistem semakan bagi memudahkan proses urusan transaksi dan semakan WTD dan ia hanya boleh dilakukan secara atas talian (Online).

Anda boleh membuat semakan dengan mudah dengan cara menggunakan nombor kad pengenalan atau pendaftaran syarikat.

Sistem Egumis ini pada awalnya dijangkakan akan mula beroperasi pada suku kedua tahun 2018 namun telah ditunda atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan . Bermula 1 Januari 2022 barulah sistem egumis boleh diakses sepenuhnya dan sehingga sekarang anda boleh membuat semakan WTD.

Untuk sedia maklum, WTD adalah merupakan wang kepunyaan seseorang / individu yang tidak dibayar dalam masa tempoh ditetapkan. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun masing-masing. WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti dibawah.

  • Dividen
  • Gaji / komisyen/ egaji/ upah
  • Deposit
  • Cagaran
  • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
  • Simpanan tetap
  • Akaun semasa / simpanan
  • Keuntungan yang telah diistiharkan
  • Wang di dalam akaun yang tidak lagi aktif selama 7 tahun
  • Simpanan tetap yang tidak mempunyai arahan pembaharuan secara automatik.

Cara Semak & Dapatkan WTD yang mungkin anda miliki

  1. Sila layari Laman Rasmi E-GUMIS ANM – DI SINI
  2. Kemudian daftar dengan cara masukan nama penuh, nombor kad pengenalan serta e-mel yang masih aktif
  3. Log Masuk menggunakan kata laluan yang telah anda daftarkan
  4. Sila tukar semula kata laluan untuk tujuan keselamatan
  5. Selepas log masuk, sila tekan butang Carian Wang Tidak Dituntut untuk semakan
  6. Pemberitahuan, sistem semakan WTD hanya dibenarkan dibuat sebanyak 2 kali sahaja untuk tempoh 24 jam.

Sekiranya anda mempunyai WTD, proses pembayaran akan mengambil masa dan wang tersebut akan dikreditkan ke akaun bank semasa anda yang telah didaftarkan.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan WTD ini, anda boleh terus ke Portal Rasmi E-GUMIS ANM diatas atau hubungi di talian khas – 03 2056 8052 atau 03 2056 8053.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button