BANTUANKerajaan

Bantuan Kewangan ASASI Melalui KPM Tahun 2022

Insentif Kewangan ASASI Melalui KPM Tahun 2022

Terdapat pelbagai jenis program dan bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik lebih-lebih lagi dari segi kewangan.

Salah satu inisiatif yang ada ialah Bantuan Kewangan ASASI yang diberikan kepada golongan pelajar yang menjalani pengajian pendidikan peringkat asasi di Universiti Awam seluruh Malaysia pada tahun 2022.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar yang sedang mengikuti program asasi di mana-mana Universiti awam dan pendapatan keluarga dari golongan M40 atau B40
  • Kursus pengajian tinggi telah diperakui serta diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Pelajar yang sudah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan masuk lulus SPM atau yang setara.

KADAR BANTUAN KEWANGAN

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan kewangan asasi ini adalah sebanyak RM 3,920 setahun atau sepanjang tempoh pengajian. Dibawah telah disediakan pecahan bayaran jumlah bantuan asasi:

  • Elaun saku sebanyak RM 2,500 setahun
  • Yuran penginapan dan pengajian sebanyak RM 1,420 setahun
  • Tambang kos penerbangan sekali sahaja (Pergi dan balik) untuk pelajar Sabah, Sarawah dan Labuan)

PERMOHONAN

Jika anda berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan asasi ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Bahagian biasiswa dan pembiayaan KPM.

Kepada pelajar yang ingin memohon perlu semak dan cetak sendiri dokumen tawaran anda. Selepas lengkap, anda perlu menghantar dokumen melalui Pejabat Pendaftaran Universiti (UA) masing-masing dan di dibenarkan mengemukakan terus ke pihak KPM.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan kewangan asasi ini, sila layari Laman Rasmi KPM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan ini, terdapat pelbagai pakej bantuan tersedia dari pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Terdapat bantuan untuk semua kategori seperti kanak-kanak, bujang, isi rumah serta OKU, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button