BANTUANCara Tukar Kad ATM Online

Semakan Panduan Menukar Kad ATM Baru Secara Online Dan Tiada Caj Dikenakan

Untuk Makluman anda pada tahun 2022, terdapat cara mudah untuk anda menukar kad ATM anda kepada yang baru. Pihak Maybank telah menyediakan perkhidmatan untuk ahli menukar kad ATM “Debit Kad” secara online (Atas talian) tanpa ahli perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank.

Cara Tukar Kad ATM Baru Secara Online

Untuk sedia maklum, penukaran Kad ATM secara online ini terbuka kepada semua pemegang kad ATM Maybank, anda boleh membuat penukaran kad baru secara online pada bila-bila masa kecuali kepada bagi kes seperti terlupa kata laluan nombor PIN dan kehilangan kad.

Bagi pengetahuan umum, tiada sebarang caj bayaran dikenakan dan kad ATM yang baru akan dihantar terus ke alamat rumah yang telah dinyatakan dalam borang dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi seluruh Malaysia. Manakala untuk pemohon berada di luar negara akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja untuk proses penghantaran.

Jika kes seperti ini, penukaran kad ATM baru hanya boleh dibuat melalui secara terus di cawangan Maybank yang berdekatan.Tujuan utama bagi penukaran kad ATM Maybank secara online ini bagi memudahkan kepada rakyat bagi memudahkan proses dan menjimatkan waktu urusan.

Panduan Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Di sini telah disediakan panduan untuk anda cara mudah tukar Kad ATM Maybank secara Online seperti berikut :

  • Langkah pertama, sila layari laman web rasmi Maybank2u – DI SINI
  • Kemudian sila Log masuk akaun anda
  • Kemudian klik “setting” dan pergi ke bahagian “Cards”
  • Pilih “Debit Cards” dan pergi ke ruangan “Replace, Block & Activated”
  • Seterusnya klik pada “Tiga titik” yang tertera
  • Klik pada “Replace Card”
  • Sila isi maklumat alamat penuh tempat tinggal anda dan klik “Replace Card”
  • Tekan request SMS TAC dan sila isi di ruangan yang disediakan
  • Kemudian Selesai.

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan dalam proses membuat penukaran Kad ATM, sila layari laman rasmi Maybank2u untuk maklumat lebih terperinci.

Nota : Permohonan anda sedang diproses dan hanya perlu tunggu kad ATM yang baru untuk sampai di tempat tinggal anda – Berdasarkan alamat yang anda isi dalam permohonan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai inisiatif dari kerajaan bagi golongan rakyat yang memerlukan bantuan khususnya berbentuk kewangan. Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda terima, sila ke Laman Utama yang telah pihak kami disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button