BANTUANBINGKAS

Bantuan BINGKAS Ewallet Tahun 2023

Bantuan BINGKAS ewallet adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu golongan yang memerlukan. Dalam usaha membantu dari segi keperluan harian, pihak kerajaan negeri Selangor telah bersetuju meneruskan bantuan khas BINGKAS ini.

Dihalaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan inisiatif ini untuk mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan.

BANTUAN BINGKAS 2023

Untuk sedia maklum, Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS ini adalah merupakan insentif telah lama diperkenalkan dan masih diteruskan pada tahun hadapan. Insentif ini melibatkan kadar pemberian bantuan kewangan berbentuk ewallet sebanyak RM300 kepada isi rumah yang berkelayakan.

Bantuan ini akan diberikan secara setiap bulan bagi membantu meringankan pembelanjaan barangan keperluan harian. Dalam pembentangan Belanjawan 2023 negeri Selangor, pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk melaksanakan insentif ini pada tahun 2023.

Menerusi kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program inisiatif BINGKAS ini diteruskan pada tahun hadapan dengan kadar peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta. Bantuan ini akan diagihkan kepada kira-kira 30 ribu isi keluarga yang berkelayakan.

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BINGKAS ewallet RM300 seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM3,000
  • Individu yang lahir di negeri Selangor atau menetap melebihi minimum 10 tahun
  • Keluarga yang mempunyai tangungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.

Nota : Bantuan BINGKAS ewallet ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan harian di mana-mana pasaraya berdaftar secara tanpa tunai atau cashless. Bantuan ini akan ditambah nilai sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik.

PANDUAN MOHON

Jika anda berminat untuk mendapatkan bantuan khasi ini, permohonan boleh dilakukan di portal rasmi BINGKAS –DI SINI

Pemohon perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran anak, salinan penyata gaji sekiranya ada dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Hal ini bagi memudahkan proses semakan permohonan dilakukan supaya bantuan ini dapat diberikan kepada pemohon yang benar-benar layak.

MAKLUMAT LANJUT

Selain dari bantuan BINGKAS ini, terdapat pelbagai bantuan lain yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan tahun 2023 yang mungkin berkelayakan untuk anda mohon di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button