BANTUANFasa 5MySARAPemberianSumbangan Asas Rahmah

MySARA : Pemberian Fasa 5 Dikreditkan Dalam Mykad Bulan Ini

MySARA : Pemberian Fasa 5 berjumlah RM100 dikreditkan ke dalam mykad penerima pada bulan ini iaitu November 2023. Ini merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan pada tahun ini.

MYSARA : PEMBERIAN FASA 5 MULA DIKREDITKAN

Untuk makluman, pada tahun ini program bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pemberian insentif tambahan ini diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan.

Kadar jumlah pemberian adalah RM600 dan jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam mykad setiap penerima setiap bulan pada nilai RM100. Pengreditkan bermula pada bulan Julai sehingga Disember 2023 yang melibatkan 6 bulan keseluruhan.

Insentif istimewa ini diberikan secara automatik kepada penerima STR tanpa perlu memohon. Mereka yang merupakan golongan miskin tegar dan tersenarai dalam data ekasih layak menerima bantuan bakul makanan asas ini.

SYARAT KELAYAKAN PEMBERIAN MYSARA FASA 5

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima insentif Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi 2023 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Golongan miskin
  • Tersenarai dalam sistem ekasih

Insentif ini akan diberikan secara kredit terus ke dalam mykad secara automatik setiap bulan pada kadar RM100. Amaun tersebut boleh digunakan di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas.

CARA SEMAK STATUS PEMBERIAN MYSARA

Jika anda merupakan penerima STR yang kurang berkemampuan dan memerlukan, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dilakukan secara online. Untuk semak, sila layari laman rasmi Mykasih SARA – DI SINI

Sekiranya berkelayakan, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan menyatakan anda layak menerima insentif SARA ini sehingga Disember. Apa yang lebih mengembirakan adalah kadar bantuan khas ini akan dinaikkan pada tahun 2024 dengan jumlah keseluruhan RM1,200 setahun.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button