BANTUANPermohonan & KemaskiniSTRSTR 2024

STR 2024 : Permohonan Baharu & Kemaskini Maklumat Terkini

STR 2024 : Permohonan Baharu dan kemaskini maklumat peribadi terkini telah dibuka bermula 1 November lalu. Seperti sedia maklum, inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini secara rasmi akan diteruskan pada tahun hadapan.

STR 2024 : PERMOHONAN BAHARU & KEMASKINI

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah akan terus dilancarkan bagi sesi tahun 2024. Ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Bermula 7 November 2023, pembayaran bagi STR fasa keempat (4) tahun ini telah mula disalurkan berperingkat kepada rakyat. Untuk pengetahuan, pemberian tersebut adalah bayaran terakhir bagi tahun ini yang dibayar oleh kerajaan.

Kini pengemaskinian maklumat dan permohonan baru sudah boleh dilakukan oleh mereka yang terlibat. Apa yang menarik adalah tarikh dibuka bagi tempoh yang lama dan rakyat boleh kemukakan permohonan pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup dimaklumkan.

KADAR BAHARU STR 2024

Semasa sidang Belanjawan 2024, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa kadar pemberian Sumbangan Tunai Rahmah akan dinaikkan. Jumlah maksimum STR tahun hadapan ditingkatkan sehingga RM3,700 berbanding RM3,100 pada tahun ini.

Penerima STR yang berkelayakan menerima insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan RM1,200 berbanding RM600 tahun ini. Seperti tahun ini pengkreditan ke dalam Mykad RM100 setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024.

Bagi kategori belia (bujang) akan menerima jumlah bantuan sebanyak RM500, ianya lebih tinggi berbanding tahun 2023 sebanyak RM350. Buat masa ini, pihak kerajaan telah memaklumkan pembayaran fasa pertama tahun hadapan akan disalurkan sebelum bulan puasa.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BARU STR 2024

Kepada mereka yang ingin mengemukakan permohonan baru atau ingin mengemaskini maklumat, anda boleh lakukan sekarang secara online. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi bantuan tunai STR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan kerajaan perpaduan kepada rakyat terutama yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button