BANTUANBKPKKPelajar

Program Bantuan Kewangan Sebanyak RM 1,800 Bulan Jun

Untuk makluman umum, pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan untuk semua golongan terutama bagi yang berpendatan rendah.

Salah satu bantuan yang ada pada tahun ini ramai yang terlepas pandang iaitu Program bantuan BKPKK sebanyak RM 1,800 diberikan kepada yang layak. Di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan bantuan ini.

Objektif Bantuan BKPKK

  • Membantu individu daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah rendah dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat separa professional
  • Memberikan peluang kepada individu untuk menceburi bidang sektor ekonomi dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan kualiti kemahiran hidup.

Kadar Bantuan BKPKK

  • Pemohon / individu yang layak akan menerima Bantuan berbentuk kewangan hanya untuk 2 semester sahaja
  • Tempoh 1 semester bagi Kolej Komuniti adalah selama 6 bulan dan pelajar layak mendapat RM 300 sebulan atau RM 1,800 untuk sepanjang 1 semester.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon atau individu wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Bantuan BKPKK hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian semasa sekurang-kurangnya empat semester -Peringkat sijil
  • Pendapatan keluarga / isi rumah RM 3,000 dan kebawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Mengisi borang penyata pendapatan semasa bulanan keluarga
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian tanpa penjamin
  • Penerima bantuan tidak dibenarkan mempunyai penaja lain semasa dalam tempoh program BKPKK.

Panduan Permohonan BKPKK

  1. Sediakan surat tawaran
  2. Borang perjanjian – 3 salinan ,borang boleh difotokopi
  3. Borang penyata kewangan penjamin
  4. Panduan mengisi borang perjanjian
  5. Dokumen perjanjian yang sudah lengkap di isi perlu diserahkan semasa hari pendaftaran
  6. Tuntutan pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbiran UA masing-masing pada setiap semester.

Peringatan : Permohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftaran UA masing-masing. Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa permohonan atau ingin mengetahui lebih berkenaan bantuan BKPKK ini, sila rujuk di Portal Rasmi BKPKK – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat lebih banyak lagi bantuan khususnya berbentuk tunai telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan pembelanjaan keluarga Malaysia. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button