BANTUANEBELIARAHMAHeTunai

Rasmi : Bantuan E-Tunai RM200 Boleh Dituntut Sebelum 22 Ogos

Rasmi : Bantuan E-Tunai RM200 masih boleh dituntut oleh mereka yang berkelayakan sebelum minggu hadapan (22 Ogos). Untuk sedia maklum, kredit edompet percuma ini merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023.

RASMI : BANTUAN E-TUNAI RM200

Kerajaan perpaduan telah menawarkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai eBelia Rahmah iaitu bantuan e-tunai bernilai RM200. Program khas ini telahpun dilaksanakan pada penghujung bulan Jun dan akan ditutup pada penghujung bulan Ogos.

Tujuan utama bantuan khas ini dilancarkan adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat serta menggalakan budaya pembayaran tanpa tunai. Menerusi program ebelia rahmah, sekitar 2 juta penerima akan mendapat manfaat sebanyak RM200 seorang.

TARIKH TUNTUTAN BANTUAN E-TUNAI

Untuk sedia maklum, bantuan khas ebelia rahmah ini boleh dituntut bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Kepada mereka yang berjaya claim, amaun RM200 tersebut perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

Nota : Setiap inidividu hanya boleh memilih satu daripada 3 aplikasi yang disediakan, pilihan lebih daripada 1 tidak dibenarkan.

SYARAT KELAYAKAN E-TUNAI

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi tuntutan bantuan e-tunai (Ebelia Rahmah) seperti berikut :

  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun
  • Golongan mahasiswa berstatus pelajar sepenuh masa tanpa mengira had umur
  • Warganegara Malaysia

CARA TUNTUT BANTUAN E-TUNAI RM200

Kepada mereka yang berkelayakan dan belum tebus, masih belum terlambat untuk anda membuat tuntutan. Setiap pemohon boleh tebus kredit percuma RM200 ini secara online melalui aplikasi edompet pilihan masing-masing seperti di bawah :

Insentif istimewa kepada golongan belia dan mahasiswa ini boleh dituntut sebelum tarikh tutup pada 22 Ogos 2023. Apa yang menarik bantuan kredit e-tunai akan diberikan kepada golongan dewasa berjumlah RM100 dan akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button