BANTUANBaucarKerajaanSAVE

Panduan Cara Tebus Bantuan Baucar Shoope & Lazada RM 400 Mulai Oktober 2022

PROGRAM BANTUAN BAUCAR SAVE 3.0 OKTOBER 2022

Untuk sedia maklum, Program ini adalah merupakan sambungan daripada program SAVE 1.0 dan 2.0 pada tahun sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan perlaksanaannya bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga serta sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik bulanan.

Sekiranya anda sedang mencari barangan berbentuk peralatan elektrik, secara tidak langsung anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 melalui Skim Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih dikenali sebagai SAVE 3.0 dari pihak Kerajaan pada tahun ini.

Dalam Program bantuan baucar SAVE ini, anda boleh menebus / claim sehingga RM 400 baucar diskaun bagi pembelian barangan berbentuk elektrik  (Cekap Tenaga). Program eRebat maksimum RM 400 untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi bagi peralatan cekap tenaga yang telah dapat pengiktirafan dan mempunyai label cekap tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.

SYARAT KELAYAKAN BAUCAR SAVE 3.0

  • Bagi penerima eRebat bagi program SAVE sebelum ini, tidak layak untuk menebus bagi kategori 1 program SAVE 3.0
  • Kota program tebus baucar ini terhad kepada 1 akaun sahajan bagi pembelian pada tahun 2022 berdasarkan “First Come First Serve”
  • Bantuan ini hanya diberikan kepada individu dan Keluarga yang berstatus Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembelian boleh dibuat secara fizikal di mana mana kedai elektrik dan pasaraya yang berdaftar
  • Pembelian boleh dibuat secara online di platform e-Dagang seperti Lazada, Shoope dan PG Mall.

KADAR BANTUAN BAUCAR SAVE 3,0

Bagi setiap isi rumah yang layak akan menerima maksimum sehingga RM 400 eRebat. RM 200 untuk kategori 1 dan RM 50 hingga RM 200 untuk kategori 2. Untuk makluman, baucar ini hanya boleh digunakan / tebus dengan pembelian barangan perkakas elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

PANDUAN MUDAH CARA CLAIM BAUCAR SAVE 3.0

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin menebus baucar eRebat SAVE 3.0 boleh dibuat secara online. Anda boleh terus layari platform e-Dagang yang telah disediakan seperti berikut :

  1. Sila Tebus baucar SAVE 3.0 sehingga RM 400 di Lazada – DI SINI
  2. Sila tebus bancar SAVE 3.0 sehingga RM 400 di Shoope – DI SINI

MAKLUMAT TAMBAHAN 

Kepada anda yang terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button