BANTUANYuran Taska

Bantuan Kewangan Khas RM180 Sebulan Untuk Golongan B40 ~ Semak Kelayakan

Bantuan kewangan khas RM180 sebulan adalah merupakan sebbuah inisiatif bulanan yang disediakan oleh kerajaan untuk meringankan beban keluarga. Belanjawan 2023 Malaysia MADANI adalah berdasarkan 6 perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

BANTUAN KEWANGAN KHAS RM180 SEBULAN

Untuk sedia maklum, terdapat sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini. Program pemberian subsidi yuran pengasuhan berjumlah RM180 sebulah ditawarkan kepada golongan pejaga yang mempunyai anak taska pada tahun ini.

Tujuan utama pemberian bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pejaga dan bantuan diberikan setiap bulan kepada yang berkelayakan.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mempunyai anak berumur di bawah 4 tahun pada tarikh anak didaftarkan di taska
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM7,000 sebulan
  • Lokasi taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja boleh memohon

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada yang berkelayakan permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan lengkap permohonan telah disediakan di laman rasmi Kerajaan – DI SINI

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang mempunyai anak yang bersekolah di taska dan berkelayakan mendapatkan bantuan khas ini. Disarankan untuk turut mendapatkan manfaat dari program pemberian subsidi yuran taska ini.

INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untu dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button