BANTUANePemula

Bantuan E-Dompet RM 150 Untuk Keluarga Malaysia 2022

Untuk makluman umum pada tahun 2022, pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bantuan khususnya melibatkan kewangan kepada keluarga Malaysia yang memerlukan. Bantuan diberikan kepada pelbagai golongan termasuklah berkeluarga, warga emas, golongan OKU , para belia serta kanak-kanak.

Menerusi sidang Bajet 2022, terdapat pelbagai jenis bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan ialah sebuah program yang dikenali sebagai E-Pemula yang memberikan insentif sebanyak RM 150 kepada penerima yang layak.

E-Pemula 2022

Program bantuan e-pemula ini diwujudkan adalah bagi tujuan menyemarakkan budaya transaksi tanpa tunai melalui e-dompet secara pembelian secara menggunakan platform digital.

Bantuan ini akan diberikan kepada para belia yang sedang menuntut pembelajaran sepenuh masa di mana-mana cawangan institusi pengajian tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Data para belia akan disemak silang dengan IPT dalam negara yang berdaftar dan pengkalan data kerajaan yang berkenaan.

Program bantuan e-dompet ini juga turut diberikan kepada keluarga Malaysia yang berumur dari 18 hingga 20 tahun pada tahun ini yang mana lahir pada tahun 2002 hingga 2004.

Cara Tebus E-Pemula RM 150

Menerusi kenyataan dari Kementerian Kewangan Malaysia, Penebusan e-pemula boleh mula dilakukan pada tarikh 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 melalui salah satu penyediaan perkhidmatan seperti di berikut :

Panduan

  • Bagi pengguna sedaia ada tau baru, sila ikut arahan yang telah disediakan di dalam aplikasi e-tunai tersebut
  • Melalui aplikasi e-tunai pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan pada paparan tuntutan e-pemula dan kemudian klik ” Hantar”
  • Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi indentiti anda / pengguna secara elektronik digital
  • Anda / pemohon akan dimaklumkan sekiranya tuntutan RM 150 berjaya

Nota : Untuk pengetahuan kepada pemohon yang layak, kredit tersebut boleh terus dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022. Ia hanya boleh digunakan bagi pembayaran runcit dalam kedai.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila layari laman rasmi ePemula – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button