BANTUANGeran PelancaranJKM

Geran Pelancaran : Bantuan RM2700 Secara One-off Tahun 2024

Geran Pelancaran : Bantuan RM2700 secara one-off diteruskan dan diberikan kepada pemohon yang berkelayakan pada tahun 2024. Untuk makluman umum, insiatif khas ini ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

BANTUAN GERAN PELANCARAN RM2700

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan geran pelancaran. Atas keprihatinan dan masih relevan, bantuan ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini.

Ramai yang tidak tahu dan terlepas pandang kewujudan inisiatif istimewa ini boleh dimohon dan memberi manfaat kepada pemohon yang layak. Kadar pemberian insentif tambahan GP ini adalah berjumlah RM2700 diberikan secara sekaligus (One-off).

TUJUAN PERLAKSANAAN BANTUAN GERAN PELANCARAN 2024

Objektif utama inisiatif GP ini masih dilancarkan adalah bagi memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar jabatan. Mereka yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecilan.

Dengan adanya insentif one-off ini dapat menggalakan golongan kurang berkemampuan untuk berdikari dan secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup. Jika berjaya, mereka tidak berlu lagi bergantung dengan bantuan-bantuan kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN GERAN PELANCARAN 2024

Dibawah adalah senarai kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan tunai RM2700 ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kumpulan/ golongan sasar.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN GP

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (Geran Pelancaran) – DI SINI

Bagi makluman, bantuan ini dibuka kepada rakyat Malaysia yang merupakan kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada. Jangan khuatir, jika anda kurang berkemampuan boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu sebelum mohon bantuan GP ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button