BANTUANFASA 3STR

Jumlah Bayaran STR Fasa3 Mengikut Kategori

Jumlah bayaran STR fasa3 adalah berbeza mengikut kategori penerima pada tahun ini iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk sedia maklum, pemberian bayaran bantuan Sumbangan Tunai Fasa ketiga (3) akan disalurkan pada bulan Julai 2023.

JUMLAH BAYARAN STR FASA3

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan STR fasa 1 dan fasa2 telah selesai dijalankan pada bulan Januari dan April tahun ini. Kini hanya tinggal berbaki fasa 3 dan fasa 4 sahaja yang akan dikreditkan pada bulan Julai dan November 2023.

Apa yang menarik, kadar jumlah bayaran STR fasa3 adalah lebih tinggi berbanding fasa sebelum ini. Jumlah bayaran yang ditawarkan pada fasa berikutnya ini adalah sehingga RM800 tertakluk kepada kategori kelayakan.

KADAR STR FASA3 MENGIKUT KATEGORI

Terdapat 3 kategori yang akan menerima bayaran pada fasa ketiga nanti, berikut disediakan maklumat berkenaan jumlah kadar bayaran yang akan diberikan mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,500 KEBAWAH) B40

  • Tiada anak : RM300
  • Mempunyai anak 1-2 orang : RM400
  • Mempunyai anak 3-4 orang : RM600
  • Mempunyai anak 5 dan lebih : RM800

ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM5,000 KEBAWAH) M40

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak 1-2 orang : RM150
  • Mempunyai anak 3-4 orang : RM200
  • Mempunyai anak 5 dan lebih : RM250

KATEGORI BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang (Untuk makluman, pembayaran bagi kategori bujang sehingga fasa 3 sahaja)

JADUAL BAYARAN STR TAHUN 2023

Berikut adalah jadual lengkap pembayaran Sumbagan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara berperingkat seperti di bawah :

  • STR Fasa satu (1) : Bermula 17 Januari 2023 (Selesai)
  • STR Fasa kedua (2) : Bermula 5 April 2023 (Selesai)
  • STR Fasa ketiga (3) : Bermula Julai 2023 (Tarikh akan dikemaskini)
  • STR Fasa keempat (4) : Bermula November 2023 (Tarikh akan dikemaskini)

Kepada penerima STR, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Selain MySTR, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button