BANTUANLesen MemanduMyLesen

Permohonan Bantuan MyLesen B2 : Kini Dibuka Bagi Tahun 2024

Permohonan Bantuan MyLesen B2 kini telah dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi sesi tahun 2024. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini akan diteruskan pada tahun hadapan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN B2

Pihak kerajaan perpaduan telah mengumumkan bahawa program istimewa MyLesen akan terus dilancarkan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apa yang menarik adalah bagi sesi tahun 2024, kuota penyertaan adalah seramai 35,000 individu yang berkelayakan. Tujuan utama inisiatif ini disediakan adalah bagi membantu rakyat Malaysia bagi mendapatkan lesen memandu jenis kenderaan motorsikal kelas B2.

Menerusi menyertai program mylesen ini, kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos ujian dengan syarat yang telah ditetapkan. Dibawah adalah panduan mohon dan syarat terma kelayakan yang perlu dipatuhi pemohon.

KELAYAKAN BANTUAN MYLESEN B2 2024

Untuk pengetahuan umum, penyertaan program khas mylesen ini adalah terhad kepada 35,000 orang sahaja. Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 16 tahun dan keatas
  • Bebas daripada senarai hitam JPJ, PDRM atau mahkamah
  • Individu yang belum pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu
  • Penerima bantuan dari kerajaan seperti eKasih, JKM, JAKOA, Baitulmal, zakat, LHDN serta golongan B40
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak untuk kemukakan permohonan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN B2

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang menyertai program khas ini kerana ianya terhad. Permohonan akan ditutup sekiranya kuota 35,000 penyertaan telah lengkap.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan lesen memandu percuma ini, permohonan boleh dikemukakan segera. Sila muat turun borang permohonan MyLesen B2 – DI SINI

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui lebih terperinci berkenaan program mylesen ini, sila hubungi talian khas JPJ di +603-8892 8714/ 8693.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button