BANTUANRISDA

Bantuan Kewangan Khas BMT RM 600 Tahun 2022

Untuk makluman umum pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyak yang memerlukan.

Bantuan Kewangan BMT RM 600

Salah satu inisiatif adalah sebuat bantuan kewangan melalui pihak RISDA yang melibatkan perberian insentif kewangan berbentuk tunai sebanyak RM 600, pembayaran secara dua fasa. Skim bantuan ini ialah Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT. Di halaman ini telah disediakan butiran maklumat penuh berkenaan cara mohon bantuan BMT ini.

Panduan Cara Mohon BMT RM 600

Jika anda berminat dan menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian / online. Sila layari Portal Rasmi Pekebun Kecil Makmur (RISDA) – DI SINI

Sila ikuti arahan pada halaman sehingga selesai. Kepada pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula (RISDA) atau bukan dari dawah mana-mana agensi haruslah menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan geran tanah dan salinan
  • Sediakan salinan buku akaun bank yang aktif

Syarat Kelayakan BMT RM 600

Di bawah adalah syarat yang telah ditetapkan untuk permohonan yang boleh anda rujuk seperti berikut:

  • Wajiib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • Merupakan pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi penoreh bukan pemilik
  • Keluasan tapak 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Kepada penerima yang layak, hanya dapat bayaran bantuan sekali sahaja
  • 1 lot hanya untuk seorang pekebun kecil
  • Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih aktif / sah

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BMT ini, sila ke Laman Rasmi RISDA – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain dari bantuan khas BMT ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button