AirBANTUAN

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 Pendapatan Dibawah RM 5,000 Sebulan

Skim Bantuan Bil Air Percuma

Pada tahun ini, terdapat sebuah skim bantuan yang anda boleh mohon yang telah diperkenalkan iaitu Skim Air Darul Ehsan atau lebih dikenali sebagai SADE. Skim Bantuan ini diperkenalkan kenara bekalan air juga adalah salah satu keperluan asas kehidupan dan paling utama kepada setiap manusia selain dari bekalan elektrik.

Butiran Skim Air Percuma SADE

Skim Air Darul Ehsan (SADE) pada asasnya ialah merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan bantuan berbentuk 20 meter padu bekalan air percuma kepada mereka yang layak menerima. Ia juga adalah salah satu cara pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini.

Kepada penghuni pangsapuri kos rendah, mereka akan menerima bekalan air melalui akaun meter pukal.  Ia bermaksud akan menerima secara terus 20 m3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024 , mengikut kaedah yang sedia ada yang melibatkan pihak JMB / MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Syarat Kelayakan Permohonan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah di tetapkan :

  • Individu / Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Pemohon wajib menetap di dalam Negeri Selangor
  • Pemohon premis kediaman meter individu
  • Kepada pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja
  • Pendapatan Isi Rumah bulanan RM 4,000 dan ke bawah – Suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan Warganegara , tiada pasangan atau bujang.

Sekiranya anda sudah semak syarat kelayakan dan menepati syaray yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan SADE secara Online (Atas talian) melalui sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI

Pemohon perlu lengkapkan borang permohonan dan hantar di mana-mana cawangan Kaunter Perkhidmatan di Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Atau anda boleh menghantar melalui e-mel di [email protected]

Untuk pengetahuan umum, permohonan juga boleh dibaut secara manual dengan mengisi borang permohonan SADE – BORANG PERMOHONAN

Maklumat Lanjut

Pada penghujung tahun 2022, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan khusunya berbentuk kewangan bagi membantu meringankan pembelanjaan rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang atau ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button