BANTUANJKM

Bayaran Bantuan Kewangan JKM Mei 2024 – Semak Disini

Bayaran Bantuan Kewangan JKM pada bulan Mei ini disalurkan adalah secara berperingkat pengkreditan terus ke dalam akaun bank. Untuk makluman umum, kadar jumlah pembayaran bantuan bulanan JKM adalah berbeza mengikut kategori bantuan yang ditawarkan.

Bayaran Bantuan Kewangan JKM

Seperti sedia maklum, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan agensi dibawah kerajaan yang menyediakan pelbagai jenis skim bantuan. Pembayaran bagi bulan ini adalah bermula 1 sehingga 10 Mei 2024.

Pihak JKM akan memaklumkan kepada penerima sekiranya berlaku perubahan bayaran dari semasa ke semasa sebagai rujukan. Bantuan-bantuan yang ada dalam skim bantuan JKM boleh dimohon oleh orang awam yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini.

Senarai Bayaran Bantuan Kewangan JKM

Di bawah disediakan senarai bantuan-bantuan yang ada dalam skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon :

  1. Bantuan Anak Peliharan (BAP) : RM250 – RM500 sebulan
  2. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : Sehingga RM1,000 sebulan
  3. Bantuan elau pekerja OKU (EPOKU)
  4. Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500
  5. Bantuan Penjaga OKU terlantar dan pesakit kronik terlantar (BPT)
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM350 sebulan
  7. Bantuan alat tiruan / alat sokongan (BAT)
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) : RM2700 one-off
  10. Bantuan OKU tidak bekerja (BKB)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Syarat Kelayakan Mohon Bantuan JKM

Untuk makluman, syarat kelayakan setiap bantuan JKM adalah berbeza, dibawah dikongsikan kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Golongan sasar dan memerlukan layak dipertimbangkan
  • Mematuhi terma dan syarat kelayakan bantuan yang ingin dimohon.

Panduan Semakan Bayaran Bantuan JKM

Panduan mudah untuk membuat semakan bantuan JKM tahun ini adalah seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi portal – e-Maklum
  2. Sila masukan no Mykad
  3. Masukan no akaun bank penerima
  4. Tekan butang carian
  5. Pilih tarikh semakan
  6. Maklumat pembayaran akan dipaparkan pada skrin.

Nota : Diatas adalah panduan bagi penerima, kepada kalian yang ingin memohon, sila layari laman rasmi JKM untuk rujukan lengkap.

Info Lanjut

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – KLIK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button