BANTUANKerajaanYAWAS

Bantuan SMIS RM500 ~ Semak Kelayakan

Bantuan SMIS atau lebih dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada yang memerlukan. Pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan ini bagi tujuan membantu rakyat yang kurang bernasib baik terutama kepada golongan sasar iaitu B40 dan miskin tegar.

BANTUAN SMIS 2023

Menteri Besar negeri Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari ketika pembentangan Belanjawan 2023 telah berkata bahawa batuan khas ini akan diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Terutama kepada golongan warga emas dan Orang kelainan upaya (OKU) tidak mengira umur individu dan pendapatan.

Untuk sedia maklum Bantuan SMIS ini merupakan program bantuan distruktur semula dari sebelum ini iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bermula tahun 2023.

JUMLAH BANTUAN

Untuk makluman, dalam program bantuan khas ini, terdapat 2 jenis manfaat iaitu baucar beli belah setiap bulan dan bantuan khairat kematian sebanyak RM 500 kepada waris penerima yang telah berdaftar.

Kerajaan negeri Selangor juga telah bersetuju meluluskan kadar nilai beli belah daripada RM 100 sebelum ini kepada RM 150 pada tahun hadapan. Bantuan baucar beli belah ini akan diberikan kepada penerima pada bulan kelahiran setiap individu yang layak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan SMIS seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Anak kelahiran negeri Selangor
  • Lahir di luar negeri Selangor dan menetap di negeri ini melebihi 15 tahun
  • Pengundi berdaftar di negeri Selangor
  • Berumur 60 tahun dan keatas bagi kategori Warga emas.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda atau ada kenalan yang menepati syarat, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Bagi memudahkan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan pemohon.

Permohonan secara online perlu kemukakan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dibuat. Sila ke pejabat YAWAS atau pusat khidmat masyarakat berdekatan anda. Untuk permohonan, anda boleh layari portal rasmi e-mesra YAWAS – DI SINI

INFO LANJUT

Jika anda terlepas pandang, selain daripada bantuan SMIS ini terdapat pelbagai insiatif khusus bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan. Untuk semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan hadapan, sila ke laman yang telah disediakan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button