BANTUANMobilepreneurMotorsikal

Program Bantuan Beli Motorsikal Untuk Rakyat Malaysia

Program bantuan beli motorsikal untuk rakyat Malaysia adalah merupakan salah satu inisiatif yang disediakan pada tahun ini. Untuk makluman, pihak kerajaan melalui agensi TEKUN Nasional telah melancarkan sebuah program yang dikenali sebagai Mobilepreneur.

PROGRAM BANTUAN BELI MOTORSIKAL

Untuk sedia maklum, skim pembiayaan mobilepreneur 4.0 ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan dan berkelayakan pada tahun ini. Program bantuan khas ini adalah dalam bentuk pembiayaan modal kepada golongan yang memerlukan dalam perkidmatan penghantaran menggunakan motorsikal.

Program khas ini merupakan salah satu inisiatif dari pihak kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan. Bantuan ini diberi keutamaan kepada golongan yang terjejas dan hilang punca pendapatan.

Bantuan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 ini juga adalah kesinambungan daripada. Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan bermula pada April 2020.

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN

Melalui program bantuan beli motorsikal Mobilepreneur 4.0 ini, pemohon yang layak boleh mendapatkan bantuan dari RM1,000 sehingga maksimum RM10,000. Tujuan permohonan bantuan pembiayaan ini adalah seperti berikut :

  • Pembelian motorsikal baru
  • Baik pulih motorsikal
  • Modal pusingan.

Nota : Kadar jumlah amaun pembiayaan yang diperlukan boleh dimohon dan kelayakan jumlah akan disemak oleh pihak berwajib. Hal ini bagi menentukan sama ada layak dengan jumlah dimohon.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia (Bumiputera dan India)
  • Pemohon masih mempunyai lesen memandu kelas B1/B2 yang sah laku
  • Golongan berumur 10 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon tidak berstatus muflis
  • Terlibat secara sepenuh atau separuh masa dalam aktiviti perkhidmatan jenis bermotorsikal
  • Mempunyai kederaan motorsikal sendiri bagi permohonan modal pusingan dan baiki pulih motorsikal
  • Permohonan bantuan ini diberi keutamaan kepada individu yang mendapat surat sokongan dan disarankan oleh mana-mana syarikat e-hailing.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN

Kepada mereka yang berminat memohon bantuan khas pembiayaan beli motorsikal ini. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi TEKUN Mobilepreneur 4.0 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Bagi mereka yang terlepas padang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button