BANTUANe-Dompet

Tarikh Bantuan EDompet RM200 Telah Diumumkan

Tarikh bantuan eDompet bernilai RM200 telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini yang yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini akan mula diberikan pada bulan hadapan iaitu Jun 2023.

BANTUAN EDOMPET RM200

Seperti sedia maklum ramai yang menantikan maklumat berkenaan tarikh bantuan edompet berjumlah RM200 ini akan dilaksanakan. Kementerian kewangan telah memaklumkan bahawa bermula Jun 2023 pemberian bantuan edompet ini akan dilakukan.

Apa yang menarik bantuan khas ini telah diperluaskan kepada golongan rakyat yang terdiri daripada mahsiswa tanpa mengira had kelayakan umur. Pihak MOF dan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan edompet.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan penerima bantuan edompet 2023 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia
  • Berumur 18 hinggga 20 tahun
  • Diperluaskan kepada kategori mahasiswa tanpa mengira had umur kelayakan

KADAR & TARIKH BAYARAN BANTUAN

Kadar bayaran inisiatif khas ini telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150. Manakala tarikh bayaran bantuan ini telah dimaklumkan bermula Jun 2023.

CARA PERMOHONAN 

Buat masa ini hanya maklumat perlaksanaan bantuan edompet akan dijalankan pada bulan Jun 2023. Dijangkakan sebelum awal bulan depan kerajaan akan memaklumkan cara permohonan bantuan edompet dilakukan.

Untuk pengetahuan umum, pemberian bantuan edompet ini telah diperkenalkan pada sidang BELANJAWAN 2023 yang akan melibatkan penerima dari gologan belia dan mahasiswa.

Satu lagi inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu golongan belia pada tahun ini iaitu bantuan ujian lesen memandu percuma. Program khas ini juga akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat terutama kepada golongan beli bagi menjana pendapatan melalui perkhidmatan awam.

Program khas ini akan diberikan dalam jenis bantuan ujian lesen memandu motorsikal kelas B2, lesen teksi, lesen bas dan lesen e-haling.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button