FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Rasmi : Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibenarkan Melalui FSA2

Rasmi : Pengeluaran Khas KWSP kini telah dibenarkan kepada ahli melalui FSA2 bermula april lalu secara menyeluruh. Untuk makluman, ini adalah merupakan inisiatif kemudahan pengeluaran yang diperkenalkan pada tahun ini.

RASMI : PENGELUARAN KHAS KWSP

Seperti sedia maklum, pengeluaran KWSP 2.0 tidak dapat diluluskan atas faktor tertentu pada tahun ini. Namun terdapat satu kemudahan baru dilaksanakan pada tahun ini yang memberi manfaat kepada pencarum yang memerlukan.

Tahukah anda pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan sebuah kemudahan pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Skim kemudahan FSA2 ini akan dilancarkan secara 2 fasa dan melibatkan syarat-syarat yang berbeza.

Buat masa ini FSA2 KWSP fasa 1 telah dibuka permohonan, ahli yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara online. Kemudahan ini diadakan bagi membantu para pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Dengan adanya inisiatif FSA2 ini dapat membenarkan ahli membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun. Pengeluaran melalui FSA2 ini boleh dilakukan sekali sahaja dan bayaran diberikan secara one-off.

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2 YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah memaklumkan kadar jumlah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli yang berkelayakan seperti di bawah :

  • Minimum pengeluaran : RM3,000
  • Maksimum pengeluaran : Sehingga RM50,000

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2

Dibawah adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan pembiayaan peribadi melalui FSA2 KWSP seperti berikut :

  1. Ahli KWSP (Warganegara Malaysia sahaja)
  2. Usia belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa pertama)
  3. Mempunyai baki simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  4. Permohonan dibenarkan dan boleh dikemukakan sekali sahaja
  5. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  6. Mematuhi serta memenuhi terma dan syarat pihak bank.

Info : Bagi permohonan FSA2 KWSP fasa 1, institusi bank yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

CARA KEMUKAKAN PERMOHONAN PENGELURAN KWSP

Kemudahan pengeluaran khas FSA2 KWSP ini disediakan untuk ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, permohonan secara online boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas dan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button