BANTUANJKMWarga Emas

Program Bantuan Kewangan RM 500 Bulan Jun 2022

Melalui sidang Belanjawan yang lalu, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Azi telah mengumumkan perlaksanaan Bantuan Kebajikan Orang Tua atau Bantuan Warga Emas untuk Rakyat Malaysia. Insentif bantuan ini akan dibayar sebanyak RM 500 sebulan setiap seorang bagi mereka yang layak dan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM dan bantuan program ini telah diteruskan pada tahun 2022.

Untuk sedia maklum, program bantuan ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Objektif utama program bantuan ini diberikan kepada golongan warga emas yang berkelayakan adalah untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti pada tahun ini.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah atau bermaustatin di Malaysia
  • Pemohon merupakan warga emas atau orang tua yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Merupakan warga emas yang tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Warga emas yang tidak tinggal di pusat jagaan harian / kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau Purata Miskin Per Kapita
  • Mana-mana kes yang berkeperluan yang layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Panduan Cara Permohonan

Bagi yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  2. Kemudian sila tekan butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
  3. Sila masukan Negeri Tempat tinggal serta nombor kad pengenalan pemohon
  4. Tekan butang “Daftar” dan selesai.

Nota : Dalam masa tempoh 14 hari , sila hadir ke pejbat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan dengan kawasan anda.

Dokumen Yang diperlukan

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan penyata gaji – Jika ada
  • Sediakan salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang yang berkaitan

  • Borang Permohonan JKM 18 – DI SINI
  • Borang Kaji Semula JKM 20 – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada bulan Jun 2022, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button