BANTUANiSejahtera

Program Bantuan Khas RM 200 Untuk B40 Bulan Mei

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai dan banyak inisiatif telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat terutama kepada golongan B40.

Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah bantuan iSejahtera yang mana merupakan sebuah sistem yang telah dibangunkan untuk melancarkan panyaluran perbagai bantuan kebajikan dan penghargaan dari pihak kerajaan negeri kepada masyarakat.

Program Bantuan I-Sejahtera

Untuk makluman, terdapat pelbagai program bantuan yang boleh dimohon melalui iSejahtera 2022 seperti di bawah :

  • Skim bantuan Ibu Tunggal
  • Skim bantuan Warga emas
  • Skim bantuan kemiskinan AES
  • Skim bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Skim bantuan Anak Emas
  • Skim bantuan Ibu Emas

Kadar Bantuan I-Sejahtera

Kepada pemohon / penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan mengikut kategori seperti berikut :

Bantuan secara One-off (Sekali Bayar)

  • Khairat Kematian – RM 1,000
  • Skim bantuan anak emas – RM 200

Bantuan 1 Kali Setahun

  • Skim bantuan Ibu Tunggal – RM 100
  • Skim bantuan penghargaan warga emas – RM 150
  • Skim bantuan ibu emas – RM 100
  • Skim bantuan OKU – RM 150

Cara Daftar I-Sejahtera

Jika anda ingin membuat permohonan bantuan melalui iSejahtera, pendaftaran boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu secara online atau pun secara manual seperti berikut :

  1. Pendaftaran secara online (Atas talian) – Sila layari Portal Rasmi iSejahtera – DI SINI
  2. Pendaftaran secara manual – Sila isi maklumat peribadi pemohon pada borang pendaftaran yang boleh anda dapati secara percuma yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat daerah, pusat khidmat parlimen atau ADUN, pejabat Masyarakat Penyayang, paras 46 KOMTAR dan sila kembalikan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang diperlukan mengikut skim bantuan program pilihan anda.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan waris atau penerima khairat kematian
  • Sediakan salinan kad pengenalan anak / sijil lahir
  • Sediakan salinan sijil kematian suami / dokumen penceraian atau dokumen yang berkaitan
  • Sediakan salinan muka depan buku bank yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon

Nota : Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa pendaftaran permohonan, sila rujuk di portal rasmi yang telah disediakan di atas atau menghubungi terus talian Pejabat Masyarakat Sayang – 04 650 5699 / 5700.

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan iSejahtera ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2022 khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button