BANTUANBujangSTR

Bantuan Tunai Bujang RM350 Dibayar Berperingkat

Bantuan tunai bujang berjumlah RM350 akan dibayar secara berperingkat pada tahun ini melalui tiga (3) fasa yang telah dimaklumkan kerajaan. Untuk makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah telah diperkenalkan pada tahun ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima.

BANTUAN TUNAI BUJANG 2023

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan berbentuk tunai bagi kategori bujang pada tahun ini akan diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN berhampiran.

Bantuan khas STR ini melibatkan 3 kategori kelayakan utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori penerima.

JADUAL BAYARAN STR BUJANG 2023

Bagi yang terlepas pandang, pembayaran bantuan STR tahun ini akan disalurkan melalui 4 fasa, namun bagi kategori bujang hanya akan terima bayaran sehingga Fasa ketiga sahaja. Jadual bayaran bantuan tunai bujang pada tahun ini adalah seperti berikut :

  • STR Fasa 1 kategori bujang : RM100 (Bayaran dikreditkan mulai 17 Januari 2023)
  • STR Fasa 2 kategori bujang : RM100 (Bayaran dikreditkan mulai 5 April 2023)
  • STR Fasa 3 kategori bujang : RM150 (Bayaran dikreditkan pada bulan Julai, tarikh akan dikemaskini)

Nota : Bayaran STR bagi kategori bujang hanya akan dibayaran sampai fasa 3 sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM350.

Selain daripada STR, golongan bujang terutama mahasiswa akan menerima inisiatif berbentuk kredit e-tunai belia rahmah (e-dompet) bernilai RM200 seorang. Kerajaan telah melancarkan bantuan e-wallet ini pada pembentangan belanjawan 2023, dijangka akan dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini.

SEMAKAN STATUS STR BUJANG 2023

Kepada penerima sedia ada STR atau permohonan baru, anda boleh menyemak maklumat status STR anda, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Sila log masuk akaun anda menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapakan, segala maklumat STR anda akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan. Bantuan-bantuan ini disediakan bagi rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – KLIK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button