BANTUANBKM

Semakan Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baru BKM 2022 Buat Kali Terakhir

Seperti yang sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah salah satu Insentif Kewangan baru dilancarkan pada tahun 2022 bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun sebelum ini.

Tujuan Insentif Bantuan Kewangan BKM ini dari pihak Kerajaan adalah mensasarkan kepada golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringakan beban dan kos sara hidup semasa.

BKM ini lebih mengutamakan kepada golongan M40 dan B40 megikut kategori yang telah di sedia berdasarkan pendapatan semasa bulanan yang ditetapkan. Di bawah adalah golongan yang layak menerima BKM mengikut Kategori:

Bujang

  • Berstatus Bujang atau Bapa / Ibu Tunggal atau Duda atau Janda atau Balu yang tidak mempunyai tanggungan / anak
  • Bependapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • Menepati had umur 21 tahun hingga 59 tahun

 

Isi Rumah

  • Berstatus Kahwin
  • Berstatus Bapa / Ibu Tunggal atau Janda atau Duda atau Balu yang mempunyai tanggungan / anak yang menepati syarat
  • Pendapatan isi rumah semasa bulanan adalah RM 5,000 dan ke bawah

Warga Emas

  • Berstatus Bujang
  • Berstatus Bapa / Ibu Tunggal atau Duda atau Janda atau Balu yang tidak mempunyai tanggungan / anak
  • Menepati had umur – 60 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah

Kepada anda yang ingin buat permohonan baru atau semakan kemaskini buat kali terakhir berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini sila membuat semakan segera kerana tarikh tutup semakan adalah pada 31 Januari 2022 (hari ini) Isnin.

Jika anda ingin membuat kemaskini maklumat anda atau permohonan baru boleh di buat melalui Portal Rasmi BKM di SINI

Cara Pembayaran BKM 2022

Untuk makluman semua, kaedah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan secara berperingkat yang mempunyai 4 fasa. Tarikh rasmi pembayaran akan di umumkan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini maklumat pembayaran nanti.

Baru-baru ini ramai yang menghadapi masalah apabila mereka terlupa kata laluan atau ID untuk log masuk akaun BKM masing-masing. Di sini kami sediakan panduan untuk tetap semula ID dan petukaran baru kata laluan anda.

Panduan Mudah Tukar Kata Laluan Batu Dan Tetap Semula ID

  • Sila ke laman rasmi BKM 2022 yang telah kami sediakan di atas
  • Kemudian tekan butang  ”Log masuk” BKM
  • Klik butang ”Terlupa kata lauan”
  • Sila masukan No Kad Pengenalan (IC) pemohon dan tekan butang ”Semak”
  • Masukkan alamat E-mel anda yang telah di daftarkan sebelum ini yang berada dalam sistem dan kemudian teka butang ”Seterusnya”
  • Selepas itu anda ikut langkah yang di berikan sehingga masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan.
  • Pada akhir, anda akan menerima notifikasi pemberitahuan penukaran kata laluan

Untuk makluman, Pihak Kerajaan jugak telah mengumumkan pemberian Bantuan tambahan BKM sebanyak RM 500. Anda boleh melayari Laman Rasmi kami berkenaan Bantuan Tambahan BKM- DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button