BANTUANBKM

BKM 2022 : Kemaskini Bantuan Tambahan RM 500

Pada tahun 2022, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah menggantikan Insentif kewangan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun sebelum ini. Bagi mereka yang telah menerima Bantuan BPR tidak perlu membuat sebarang permohonan baru. Anda hanya perlu kemaskini dan membuat semakan jika ada sebarang perubahan maklumat anda jika perlu.

Kepada yang belum menerima sebarang bantuan boleh membuat permohonan baru Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Untuk sedia maklumat segala permohonan baru atau kemaskini maklumat hanya boleh di buat sebelum tarikh tutup iaitu sehingga 31 Januari 2022.

Baru-baru ini, pihak kerajaan juga telah mengumumkan akan menambah Bayaran Tambahan BKM sehingga RM 500 kepada golongan pemohon yang layak menerima.

Apa Itu Bantuan Tambahan?

Maksud Bantuan Tambahan ini adalah kadar tambahan bayaran dalam Bantuan Keluarga Malaysia 2022 sebanyak RM 500 dan RM 300 kepada golongan isi rumah.

Golongan Yang Layak

Kategori Isi Rumah Berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai tanggungan anak seperti di tetapkan dan juga isi rumah yang berstatus Warga Emas. Kelayakan berpandukan pada pendapatan isi keluarga iaitu rm 2,500 ke bawah dan RM 2,500 sehingga RM 5,000 bulanan semasa.

Jumlah Bayaran Insentif Tambahan BKM

Bayaran tambahan akan mengikut kategori iatu golongan Warga Emas akan mendapat bayaran tambahan sebanyak RM 300, manakala untuk golongan Ibu atau Bapa Tunggal akan mendapat bayaran tambahan sebanyak RM 500.

Untuk makluman, jika anda merupakan Seorang Ibu Tunggal, secara automatik anda layak mendapatkan bayaran bantuan tambahan BKM sebanyak RM 500 dan menjadikan jumlah keseluruhan Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia anda sebanyak RM 2,500.

Maklumat Lanjut

Jika anda belum membuat semakan BKM 2022 dan status mengenai maklumat anda atau pasangan anda masih belum di tukar, pihak kami syorkan anda membuat kemaskini maklumat tersebut dengan segera sebelum tarikh tutup pada penghujung bulan Januari 2022.

Untuk ketahui lebih lanjut bekenaan Bantuan BKM, JKM dan lain-lain boleh terus layari laman utama – DI SINI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button