BANTUANFasa 2STR

Semakan STR Fasa2 : Senarai Penerima Layak

Semakan STR fasa2, untuk makluman umum pemberian sumbangan tunai rahmah fasa berikutnya akan diberikan selepas selesai bayaran fasa 1. Inisiatif berbentuk bantuan tunai khas ini telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berdasarkan maklumat Bantuan keluarga Malaysia (BKM 2022).

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan rasmi. Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberikan kepada rakyat Malaysia secara berperingkat (Fasa).

Bantuan STR sama seperti insentif terdahulu iaitu BPR, BR1M dan BKM. Pembayaran STR akan membabitkan beberapa kategori kelayakan iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bantuan akan diberikan adalah berbeza mengikut fasa dan kategori kelayakan.

Tujuan utama pemberian Bantuan khas ini adalah bagi meringankan pembelanjaan kos sara hidup rakyat terutama untuk golongan yang memerlukan.

SEMAKAN STR FASA 1

Bermula 17 Januari 2023, pembayaran STR fasa 1 mula dikreditkan ke akaun masing-masing. Bagi penerima tiada kad bank, bayaran boleh ditebus di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada tarikh yang sama di seluruh negara.

Senarai penerima STR fasa 1 adalah bujang dan warga emas bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100. Manakala bagi isi rumah (berkeluaga) akan menerima bayaran sebanyak RM300. Berikut adalah jumlah yang diterima pada fasa 1 sahaja.

SEMAKAN STR FASA2

Kini ramai yang menantikan bayaran STR fasa 2, untuk sedia maklum pemberian STR fasa berikutnya dijangkakan akan diberikan sebelum menjelang raya aidilfitri. Senarai penerima yang pasti akan mendapatkan bayaran fasa 2 adalah kategori isi rumah (keluarga).

Bagi kategori bujang dan warga emas akan diketahui semasa pengumuman rasmi kerajaan nanti. Bayaran STR fasa 2 akan diberikan sama seperti fasa 1 iaitu secara tebus di kaunter dan kredit ke dalam akaun penerima.

KEMASKINI MAKLUMAT STR

Untuk masa ini, semakan kemaskini maklumat STR boleh dibuat. Bermula 17 Januari, kerajaan telah membuka portal rasmi MySTR untuk semakan status dan kemaskini bantuan tunai. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif terutama berbentuk bantuan kewangan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang disediakan dan berkelayakan untuk dapatkan –SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button