BANTUANRUMAH

Panduan Cara Mohon Rumah Harapan Rakyat 2022

Untuk makluman umum ramai yang terlepas pandang, terdapat satu inisiatif berbentuk perumhan telah diperkenalkan pada sidang Bajet Belanjawan tahun 2022 untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi memiliki rumah / kediaman sendiri.

Program inisiatif yang diperkenalkan ialah Program Rumah Harapan Rakyat yang dilaksanakan pada tahun ini (2022). Dalam sidang pembentangan Bajet Belanjawan 2022, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato Seri Amiruddin Bin Harun telah memperkenalkan program inisiatif Rumah Harapan Rakyat bagi tahun ini.

Butiran Rumah Harapan Rakyat

Program inisiatif Rumah Harapan Rakyat ini telah diperkenalkan bagi tujuan untuk memastikan golongan rakyat yang berpendapatan rendah untuk dapat memiliki rumah sendiri dengan harga mampu milik dan selesa untuk didiami.

Kadar Harga Rumah Harapan Rakyat 

Untuk sedia maklum, kadar harga rumah harapan rakyat telah ditetapkan dengan harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM 78,000 untuk setiap unit rumah. Manakala bagi deposit yang akan dikenakan adalah sebanyak 5 peratus bersamaan RM 3,500 dengan harga upah peguam adalah secara percuma.

Sasaran kepada golongan yang berpendapatan rendah (Bulanan). Manakala bagi lokasi Rumah Harapan Rakyat ini adalah sekitar Negeri Sembilan. Untuk anda yang berminat, permohonan kini telah dibuka sehingga tarikh tutup pada 30 April 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan

Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan Rumah Harapan Rakyat seperti berikut :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah.
  • Pendapatan isi rumah bulanan semasa RM 4,000 dan kebawah.
  • Berumur 21 hingga 50 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
  • Kepada rakyat Negeri Sembilan diutamakan.
  • Individu / pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah sendiri.
  • Kelulusan untuk tanah adalah minimum tidak kurang daripada 2,500 kaki persegi.
  • Pembinaan rumah ini diberikan keutamaan kepada golongan kategori miskin atau yang berdaftar dalam sistem e-kasih.

Nota: Bagi pembayaran balik akan dikenakan kepada pembeli rumah harapan rakyat adalah sebanyak RM 222 sebulan sahaja. Manakala tempoh pembayaran balik adalah selama 300 bulan seperti yang telah ditetapkan.

Panduan Cara Mohon Rumah Harapan Rakyat

  1. Sila layari portal Rasmi Rumah Harapan Rakyat – DI SINI
  2. Kemudian, anda boleh tekan pada bahagian borang serta muat turun dokumen (di bahagian bawah halaman)
  3. Sila pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
  4. Sediakan dokumen penting yang diperlukan
  5. Borang permohonan yang telah anda isi dengan lengkap perlu dihantar ke penjabat daerah yang berdekatan

Dokumen yang diperlukan

  • Sediakan salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan pasangan – Suami / isteri
  • Sediakan salinan penyata akaun bank (3 bulan)
  • Sediakan salinan sijil nikah / sijil cerai / sijil daftar kahwin / sijil kematian
  • Sediakan slip gaji 3 bulan pemohon – Jika ada
  • Sediakan surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan – Jika ada
  • Penyata KWSP pemohon – jika ada
  • Salinan hak milik tanah
  • Pengesahan ketua adat – Jika ada
  • Surat akuan pemilik tanah – Jika ada

Info tambahan : Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Rumah Harapan Rakyat atau mempunyai permasalahan ketika permohonan, anda boleh terus hubungi pihak di Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan menerusi talian Hotline Khas – 06 761 6871.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari program Rumah Harapan Rakyat ini, terdapat pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan bagi tujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button