BANTUANBKM

Jadual Pembayaran BKM 2022 – Kategori Bujang & Isi Rumah Bermula Mac

Pada tahun ini, Pihak Kerajaan telah melancarkan Insentif kewangan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau dikenali sebagai BKM 2022 yang sedia maklum telah menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Perlaksanaan BKM 2022 ini bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat dari segi kos sara hidup pada tahun ini, terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Jadual pembayaran BKM 2022 terbahagi kepada 4 fasa yang akan diagihkan mengikut turutan bulan iaitu fasa 1 pada bulan Mac fasa 2 pada bulan Jun fasa 3 pada bulan September dan fasa terakhir iaitu fasa 4 pada bulan terakhir 2022 iaitu Disember.

Jadual Pembayaran BKM 2022 – Mengikut FASA

FASA 1

  • Pembayaran kepada golongan Isi Rumah
  • Pembayaran bermula bulan Mac 2022
  • Pembayaran kepada golongan Bujang

FASA 2

  • Pembayaran kepada golongan Isi Rumah
  • Pembayaran bermula bulan Jun 2022
  • Pembayaran kepada golongan warga emas bujang – tiada pasangan
  • Pembayaran kepada golongan bujang

FASA 3

  • Pembayaran kepada golongan Isi Rumah
  • Pembayaran bermula pada bulan September 2022
  • Pembayaran kepada golongan warga emas bujang – Tiada pasangan
  • Pembayaran kepada golongan Bujang

FASA 4 

  • Pembayaran bermula pada bulan Disember 2022
  • Pembayaran kepada golongan Isi Rumah
  • Pembayaran kepada golongan warga emasa bujang – Tiada pasangan
  • Pembayaran kepada golongan bujang
Perlu membuat Permohonan atau Tidak ?

Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tidak perlu membuat permohonan baru sekiranya anda adalah penerima bantuan sebelum ini iaitu BPR 2021, GKP dan BKC B40 kerana semua maklumat anda akan terus dimasukan ke sistem pengkalan data BKM untuk semakan kelayakan. Namun jika maklumat anda tiada dalam sistem data, maka anda perlu membuat permohan baru BKM 2022. Kepada penerima yang sedia ada, anda perlu kemaskini maklumat anda jika ada sebarang perubahan. Tempoh kemaskini maklumat dan permohonan baru hendaklah di buat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Portal Rasmi BKM 2022 telah disediakan di – SINI

Tarikh Kemaskini & Permohonan BKM 2022

Untuk sebarang kemaskini maklumat atau permohonan baru kini telahpun ditutup. Tempoh di buka pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. Sekarang hanya menunggu tarikh rasmi pembayaran fas 1 bulan Mac 2022. Pihak kami akan kemaskini maklumat berkenaan Pembayaran BKM 2022 dari semasa ke semasa.

Insentif Kewangan Tahun 2022

Untuk makluman semua, pada tahun ini, Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan kepada rakyat yang memerlukan, Jika anda terlepas pandang dan ingin mengetahui lebih lanjut senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang anda berkelayakan untuk memohon. Sila ke Laman Utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button