BANTUANBINGKAS

Bantuan Khas RM 300 Untuk Barangan Keperluan Harian

Pada waktu ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membantu mereka yang memerlukan dari segi keperluan barangan harian. Salah satu bantuan yang ada pada tahun 2022 adalah bantuan BINGKAS.

Program skim bantuan ini merupakan insentif bantuan dari kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan bajet belanjawan yang telah menggantikan bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor atau dikenali sebagai KISS.

Kadar Bantuan BINGKAS 2022

Melalui program bantuan BINGKAS ini, kepada penerima yang layak akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 300 sebulan.

Syarat-syarat Kelayakan

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan BINGKAS Selangor seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan isi rumah RM 3,000 dan kebawah
  • Penjaga atau keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Individu kelahiran negeri Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun

Maklumat tambahan : Bagi pemegang kad Bantuan KISS yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke program bantuan BINGKAS bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di WavPay E-wallet melalui aplikasi Selangkah sahaja.

Panduan Permohonan

Bagi yang menepati kelayakan, untuk permohonan anda perlu muat turun aplikasi SELANGKAH atau WavPAy untuk proses permohonan.

Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda akan diberikan masa selama kira-kira 2 bulan untuk mengemaskini maklumat peribadi anda di portal rasmi BINGKAS – DI SINI bagi membolehkan anda mendapat bantuan manfaat melalui program ini.

Senarai Dokumen Diperlukan

  • Perlu sediakan salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
  • Salinan kad OKU (jika ada)
  • Salinan semakan SPR
  • Salinan sijil cerai atau sijil kematian – Jika berkaitan
  • Dokumen pengesahan pendapatan jika bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Slip gaji

Untuk makluman, setiap permohonan akan ditapis terlebih dahu bagi memastikan hanya yang berkeperluan dan berkelayakan sahaja akan diluluskan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program bantuan BINGKAS ini, sila layari Laman Rasmi BINGKAS Selangor – SEMAK DISINI

Sekiranya anda terlepas pandang, untuk semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini anda boleh rujuk di laman utama – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button