BANTUANBKK

Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Dikreditkan Hujung Bulan Ini

Rasmi : Bantuan Khas Kewangan (BKK) fasa kedua akan mula disalurkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank pada hujung bulan ini. Untuk makluman, inisiatif khas ini akan dibayar secara berperingkat bermula 28 Disember 2023.

RASMI : BANTUAN KHAS KEWANGAN (FASA 2)

Pada sidang Belanjawan 2024, pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan insentif tambahan iaitu Bantuan Khas kewangan kepada rakyat. Program pemberian ini akan melibatkan sumbangan tunai sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan istimewa (BKK) ini telah dilaksanakan sebelum ini dan dibayar pada bulan Mei lalu. Untuk bulan ini adalah buat pemberian fasa kedua (2) yang melibatkan semua kakitangan awam yang berkhidmat dibawah pentadbiran negeri.

Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Amiruddin Shari telah mengumumkan pada sidang Belanjawan 2024 berkenaan bantuan khas kewangan ini. Beliau memaklumkan bahawa insentif khas ini adalah sehingga sebulan gaji atau serendah RM1,000 akan disalurkan kepada rakyat yang terlibat.

Pemberian insentif isitimewa BKK ini juga akan diberikan kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh kerajaan persekutuan. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terdiri daripada penjawat awam.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN

Insentif tambahan BKK fasa kedua ini dengan anggaran implikasi kewangan sekitar RM40 juta yang akan disalurkan pada 28 Disember ini. Senarai penerima yang layak untuk dapatkan inisiatif istimewa ini adalah rakyat yang merupakan penjawat awam berkhidmat dibawah pentadbiran negeri Selangor pada tahun ini.

Atas keprihatinan kerajaan negeri, pemberian bantuan BKK ini akan diteruskan bagi fasa ketiga (3) yang dijadualkan dibayar pada bulan Februari tahun hadapan. Untuk makluman, bukan kerajaan negeri selangor sahaja, negeri-negeri lain turut memberikan insentif tambahan kepada mereka yang terlibat.

SEMAKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN LAIN

Tahukah anda, sebenarnya terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan tunai yang disediakan oleh pihak JKM pada tahun ini yang boleh dimohon oleh rakyat yang memerlukan. Kadar bantuan yang ditawarkan secara bulanan adalah dari RM150 sehingga RM1,000 satu keluarga.

Kepada anda yang terlepas pandang atau tidak tahu, sila layari laman rasmi eBantuan JKM untuk rujukan semakan senarai bantuan yang ada.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button