BANTUANSTR

Tarikh Bayaran STR Mengikut Fasa

Tarikh bayaran STR mengikut fasa telah diumumkan oleh kerajaan dan akan dilaksanakan pada tahun 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini.

PEMBERIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Untuk sedia maklum, bermula 17 Januari 2023 pemberian bantuan STR fasa 1 telah disalurkan seluruh Malaysia secara berperingkat. Bantuan STR fasa 1 telah melibatkan 8.7 juta penerima terdiri daripada kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Pemberian insentif khas berbentuk bantuan tunai STR fasa 1 diberikan pada kadar berbeza mengikut kategori kelayakan. Penerima STR berdasarkan maklumat BKM 2022, kadar yang diterima adalah bernilai RM100 untuk kategori bujang dan warga emas. Manakala bagi keluarga (isi rumah) RM300. Ini adalah bayaran bagi fasa 1 sahaja bukan keseluruhan.

TARIKH BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Berikut adalah tarikh bayaran STR mengikut fasa seperti dibawah :

  • FASA 1 : Pembayaran bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat (selesai)
  • FASA 2 : Akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi kerajaan (dijangkakan sebelum pertengahan tahun atau sebelum raya aidilfitri)

Untuk makluman, kaedah pembayaran STR tahun 2023 akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima dan tebus secara tunai bagi penerima tiada kad bank. Di maklumkan kategori isi rumah akan terlibat dalam pembayaran fasa berikutnya kerana ia kategori utama, manakala bujang dan warga emas akan dikemaskini.

SEMAKAN KEMASKINI STATUS MYSTR

Bermula 17 Januari, pihak kerajaan telah membuka portal rasmi MySTR bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk membuat semakan status masing-masing. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Kaedah semakan sama seperti BKM 2022, bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk membuat semakan. Panduan cara semak MySTR telah disediakan seperti berikut :

  • Langkah pertama sila log masuk MySTR
  • Kemudian masukan nombor kad pengenalan pemohon
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan pada laman semakan pembayaran STR
  • Maklumat penuh status anda akan dipaparkan (nama, nombor MyKad, status permohonan dan maklumat bayaran STR)

MAKLUMAT LANJUT

Pada suku pertama tahun 2023, selain pemberian STR terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI untuk semakan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button