BANTUANBMTFASA 3

Bayaran Fasa 3 RM200 Dikreditkan Bermula Mac

Bayaran fasa 3 bantuan musim tengkujuh (BMT) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula pada bulan Mac seluruh negara. Untuk makluman, inisiatif BMT ini adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat yang berkelayakan memerlukan.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS BMT

Bantuan BMT akan melibatkan sekitar 12,138 penerima yang layak seluruh negara dan akan menerima insentif keseluruhan sebanyak RM800 seorang. Peruntukan bantuan BMT adalah sebanyak RM9.7 juta.

Untuk sedia maklum pemberian bantuan musim tengkujuh (BMT) telah dinaikkan sebanyak RM800 berbanding RM600 pada tahun sebelum ini. Jumlah keseluruhan bantuan khas ini akan diberikan secara berperingkat melalui 3 fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : Bermula Januari dikreditkan ke akaun pemohon yang layak sebanyak RM300 (selesai)
  • Fasa 2 : Bermula Februari dikreditkan ke akaun penerima sebanyak RM300 (dalam proses pengagihan)
  • Fasa 3 : Bermula Mac dikreditkan ke akaun penerima sebanyak RM200.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Kepada mereka yang ingin membuat semakan status permohonan, sila layari portal rasmi BMT RISDA – DI SINI atau hadir di penjabat dimana permohonan dilakukan.

SENARAI PENERIMA BANTUAN BMT

Dibawah adalah senarai penerima yang layak mendapatkan bantuan BMT seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang tiada hasil disebabkan isu buruh atau serangan penyakit pokok getah
  • Merupakan peneroka tanaman getah yang menghantar hasil penghasilan ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Golongan yang sedang dalam tempoh tanam semula hasil bersama FELDA.

BAYARAN BMT FASA 3

Bayaran fasa 3 BMT ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada peneroka tanaman getah seluruh negara sahaja. Pembayaran fasa terakhir sebanyak RM200 akan diberikan pada bulan Mac 2023. Kepada mereka yang merupakan golongan peneroka boleh membuat semakan status permohonan di laman rasmi RISDA diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BMT untuk peneroka getah ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan miskin.

Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk ada dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button