BANTUANBMT

Bantuan Kewangan BMT RM800 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan kewangan BMT adalah merupakan inisiatif dari pihak kerajaan bagi mereka yang berkelayakan memerlukan. Program bantuan musim tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT ini telah disediakan oleh pihak RISDA pada tahun ini.

Di halaman kali ini telah disediakan maklumat berkenaan bantuan khas ini untuk rujukan umum seperti berikut.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk sedia maklum, bantuan kewangan BMT ini adalah berbentuk insentif tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan pekebun kecil atau penoreh getah. Pemberian inisiatif ini adalah bertujuan bagi meringankan beban mereka yang berkelayakan untuk menghadapi musim tengkujuh.

KADAR BANTUAN BMT

Untuk makluman, bantuan BMT tahun lalu diberikan sebanyak RM600 melalui 2 fasa iaitu sebanyak RM300 pada november dan RM300 pada Disember 2022. Namun pihak RISDA telah bersetuju menaikkan jumlah bantuan dari pada RM600 kepada RM800 pada kali ini.

Pembayaran bantuan musim tengkujuh ini akan diberikan secara 4 fasa pada kadar RM200 untuk setiap bayaran.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BMT RM800 seperti dibawah :

  • Bantuan ini hanya dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan pekebun kecil berdaftar dengan pihak RISDA (pemilik pengusaha)
  • Merupakan penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • Pemilik tanah yang sah
  • Mempunyai keluasan tanah dari 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan BMT ini
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang masih sah (aktif)

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Bagi pembayaran bantuan khas BMT ini akan diberikan kepada penerima secara electronic fund transfer (EFT) ke dalam akaun penerima yang masih aktif. Bank yang didaftarkan individu semasa permohonan.

SEMAKAN BANTUAN

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan, semakan permohonan boleh dibuat secara atas talian. Sila layari laman rasmi semakan BMT RISDA – DI SINI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh hubungi talian khas pihak RISDA di 03-4256 4022.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan untuk pekebun kecil RISDA ini, terdapat pelbagai bantuan lain yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023 seperti Bantuan Tunai Rakyat dan lain-lain. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang telah disediakan pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button