BANTUANRUMAH

Panduan Cara Permohonan Rumah Sewa PPR Serendah RM 124 Sebulan

Pada tahun ini, terdapat satu Inisiatif dari pihak kerajaan bagi membantu rakyat terutama kepada golongan keluarga yang berpendapatan rendah memlalui program perumahan PPR.

Informasi PPR

Menerusi Program Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai PPR ialah merupakan salah satu skim perumahan yang terkenal di dalam negara dan pada kadar harga mampu milik. Program Perumahan Rakyat ini adalah merupakan hasil projek Kerajaan untuk memberikan tempat tinggal yang lebih selesa kepada golongan sasar iaitu kepada golongan yang berpendapatan rendah pada tahun ini.

Struktur Rumah PPR

Di bawah telah disediakan informasi berkenaan ciri-ciri perumahan PPR yang ditawarkan seperti berikut :

Kawasan Perumahan PPR (Bandar) – Jenis rumah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat (Apartment)

Kawasan Perumahan PPR (Luar Bandar) – Jenis rumah teres (Terletak)

Kemudahan – Kemudahan berdekatan yang diberikan adalah seperti Dewan Komuniti, Kawasan lapangan permainan, Surau, Kemudahan awam, Tadika serta Kawasan Pembuangan Sampah

Keluasan Tapak – Keluasan perumahan PPR tidak melebihi dari 700 kaki per segi

Pembinaan – Mempunyai 1 Ruang tamu, 1 ruangan dapur, 2 bilik air serta 3 bilik tidur

Untuk makluman semua, terdapat 2 kategori yang anda boleh mohon dalam program perumahan PPR seperti berikut.

Kategori Perumahan PPR

Di dalam program perumahan PPR ini hanya terdapat 2 kategori yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara melalui Kerajaan Pusat dan Kementerian Perumahan yang telah melaksanakan Projek PPR ini.

Kategori PPR (Dimiliki)

  • Program Perumahan PPR ini menggunakan perancangan serta reka bentuk perumahan kos rendah yang telah ditetapkan dalam standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah pangsa (C1S2)
  • PPR untuk dimiliki ini diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah bagi tujuan memastikan dapat membantu golongan golongan sasar yang berpendapatan rendah untuk memliki rumah sendiri dengan harga mampu milik.

Kategori PPR (Sewaan)

  • Program Perumahan PPR (Sewaan) ini telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bermula pada Februari 2022 dengan tujuan dapat membantu golongan atau keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyewa rumah PPR dengan harga yang rendah.

Kadar Bayaran PPR

  • PPR (Dimiliki) – Kadar bayaran untuk perumahan PPR dimiliki adalah sebanyak : RM 42,000 seunit bagi Sabah dan Sarawak manakala RM 35,000 seunit bagi seluruh semenanjung
  • PPR (Sewaan) – Kadar bayaran untuk rumah PPR untu disewa adalah sebanyak : RM 124 sebulan

Syarat Kelayakan PPR

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk rujukan sebelum membuat permohonan seperti berikut :

  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon belum memiliki rumah sendiri
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan

Panduan Cara Memohon

Di bawah telah disediakan panduan langkah permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SPRN – DI SINI
  2. Kemudian sila log masuk dengan menggunakan maklumat yang telah didaftarkan
  3. Pastikan memilik skim perumahan mengikut kelayakan
  4. Seterusnya pemohon perlu melengkapkan maklumat pada ruangan yang disediakan
  5. Pilih Projek perumahan
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Selesai

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Skim Program Perumahan ini, sila ke laman yang telah disediakan untuk bantuan – DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button