B40BANTUAN

Senarai Bantuan B40 Tahun 2023

Senarai bantuan B40 untuk tahun 2023, berberapa inisiatif telah diumumkan oleh kerajaan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pada bulan Februari ini pihak kerajaan akan membentangkan Bajet 2023.

Namun terdapat bebarapa bantuan khususnya untuk golongan b40 telah diperkenalkan dan ada bantuan yang telah diberikan pada suku pertama tahun ini. Senarai bantuan b40 yang telah dilaksanakan adalah seperti dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Untuk makluman, pemberian insentif STR ini adalah untuk rakyat Malaysia pada tahun ini. Inisiatif ini telah menggantikan bantuan tahun lalu iaitu BKM. Untuk kategori dan kadar bayaran pula, untuk STR fasa 1 telah rasmi diumumkan.

Kategori yang terlibat adalah bujang dan warga emas menerima RM100 dan Isi rumah menerima RM300. Ini adalah jumlah bayaran fasa 1. Fasa berikutnya akan diumumkan oleh kerajaan nanti. Bermula 17 Januari 2023, pembayaran STR fasa 1 telah mula disalurkan di seluruh negara.

Bermula pada tarikh tersebut juga, pihak kerajaan telah membuka portal rasmi bantuan tunai untuk mereka membuat semakan status dan kemaskini maklumat. Untuk semakan sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

BANTUAN JKM

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk mereka yang memerlukan. Kebanyakan insentif yang disediakan adalah bantuan secara bulanan diberikan kepada mereka yang berkelayakan.

Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan JKM dan panduan permohonan, sila layari portal rasmi JKM –DI SINI

BANTUAN KERAJAAN NEGERI

Ramai yang terlepas pandang, kebanyak negeri menyediakan inisiatif bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Terutama negeri-negeri yang mempunyai ramai penduduk seperti Selangor yang menyediakan bantuan seperti BINGKAS. Untuk semakan bantuan yang ada mengikut negeri masing-masing, anda perlu layari laman rasmi kerajaan negeri yang anda tinggal.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat bantuan yang diperkenalkan pada tahun lalu dan masih diteruskan pada tahun ini bagi membantu golongan b40 dan miskin. Untuk semakan senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button