BANTUANBelia

Bantuan Kewangan Sebanyak RM 1,000 Untuk Golongan Belia 2022

Untuk makluman, Pihak Kerajaan telah perkenal dan melaksanakan satu bantuan berbentuk kewangan kepada para belia yang berumur dari 18 sehingga 30 tahun yang berstatus warganegara Malaysia. Menerusi pembentangan bajet belanjawan 2021, Pihak berwajib telah mengumumkan Bantuan Belia sebanyak RM 1,000 dan masih di buka bagi tahun 2022.

Bermula dari 1 Januari 2022, setiap ahli majikan yang mempunya pekerja dalam golongan status belia yang berada dalam had umur dari 18 hingga 30 tahun layak untuk membuat permohonan Insentif berbentuk kewangan sebanyak RM 1,000 melalui Program Perantis.

Pengenalan

Insentif kewangan ini diperkenalkan bagi tujuan memberi peluang kepada golongan belia yang sedang menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi menambah pengalaman dalam bidang pekerjaan bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on the job training.

Manfaat Insentif 

Di bawah telah disediakan manfaat Insentif ini kepada pekerja dan majikan dalam program perantis :

  • Tempoh bayaran insentif akan diberikan selama 3 bulan dan bersyarat kontrak perkhidmatan minimum selama 3 bulan
  • Bayaran insentif RM 1,000 kepada para majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan dalam program perantis ini
  • 1 kursus latihan sahaja akan diberikan kepada majikan untuk memohon bagi perantis dengan kos maksimumu sebanyak RM 4,000
  • Elaun atau gaji diberikan minimum adalah sebanyak RM 1,200 sebulan
  • Kepada para pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan insentif
Info Tambahan

Bagi pihak syarikat perlu berdaftar dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan perkerjaan bagi pengambilan perantis di Pautan laman MyFutureJobs dan bagi setiap perantis yang diambil bekerja di bawah seliaan program ini perlu membuat caruman melalui pihak PERKESO.

Syarat Kelayakan 

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda perlua semak sebelum membuat sebarang permohonan :

  • Wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Merupakan belia yang pernah mengikuti mana mana program perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat atau badan berkanun
  • Golongan belia yang masih sedang menganggur atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap
Panduan Permohonan

Jika menepati syarat kelayakan, pihak majikan boleh membuat permohonan melalui penjana kerjaya. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) melalui pautan Rasmi PERKESO – DI SINI

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini (2022) terdapat pelbagai bantuan berbentuk Kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan –KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button