BANTUANFASA 3STR

Kategori Penerima Bantuan Tunai RM900 Fasa 3

Kategori penerima bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga (3) berjumlah RM900 adalah bagi pendaftaran baru. Untuk pengetahuan umum, pembayaran bantuan tunai STR fasa 3 telah mula dikreditkan secara berperingkat pada 26 Jun 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bermula isnin ini bayaran fasa ketiga akan dibayar secara berperingkat. Kadar bantuan yang diberikan adalah dari RM150 sehingga RM1,300 dan jumlah adalah bergantung kategori kelayakan.

Apa yang menarik adalah bukan sahaja penerima sedia ada, malah pemohon baru yang dilakukan pada bulan Mac lalu turut akan menerima insentif khas ini. Status semakan fasa ketiga ini telah dikemaskini sistem berdasarkan fasa sebelum ini.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI RM900

Terdapat satu kategori penerima bantuan tunai fasa ketiga ini yang berjumlah RM900 seperti berikut :

  • Pendaftaran permohonan baru (Mac) yang lulus bagi kategori isi rumah
  • Pendapatan bulanan semasa RM2,500 dan ke bawah
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) orang

Kepada kategori penerima sedia ada, jumlah yang akan diterima adalah sehingga RM800. Jumlah bergantung kategori masing-masing iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Bermula 26 Jun 2023, kalian boleh membuat semakan status pembayaran secara atas talian (online). Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

TARIKH RAYUAN STR

Mengikut sumber dari rakan media semasa, ramai yang mendapat bayaran fasa sebelum ini tetapi berstatus tidak lulus pada fasa kali ini. Perkara ini kerana maklumat data telah dikemaskini sistem dan alasan ‘Tidak lulus’ telah dipaparkan pada maklumat anda.

Kepada penerima yang berstatus tidak lulus, tidak perlu khuatir kerana bermula 3 Julai sehingga 31 Julai permohonan rayuan STR dibuka. Anda hanya perlu membuat rayuan dan sekiranya berjaya, anda akan terima baki bayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenal dan menawarkan pelbagai bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan pada tahun ini –SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button