BANTUANBKMBKM Tambahan

Bayaran BKM Tambahan RM500 Dikreditkan Sehingga Disember 2022

Bayaran BKM Tambahan adalah merupakan insentif yang diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia. Program bantuan kewangan ini merupakan inisiatif dari pihak kerajaan yang telah diperkenalkan pada tahun ini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Insentif BKM ini merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada golongan sasar yang memerlukan bagi membantu meringankan kos sara hidup pada tahun ini. Bantuan BKM ini telah memberi manfaat kepada golongan B40, M40, OKU, Ibu bapa tunggal, bujang serta warga emas pada tahun 2022.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM ini disalurkan secara berperingkat iaitu dari fasa 1 sehingga fasa 4. Jadual pembayaran pada bulan Mac, Jun, Septemer dan November dan dikhabarkan telah selesai dilaksanakan.

Tetapi terdapat bayaran BKM tambahan sebanyak RM300 dan RM500. Namun tidak semua kategori layak mendapatkan bayaran tambahan ini. Jika anda ingin ketahui sama ada anda layak menerima BKM tambahan atau tidak, semakan kelayakan boleh anda lakukan di portal rasmi MyBKM – DI SINI

KATEGORI & KADAR BAYARAN BKM TAMBAHAN

Untuk sedia maklum, bayaran bkm tambahan ini akan diberikan kepada kategori dan jumlah seperti berikut:

  • Bayaran tambahan RM300 kepada kategori penerima isi rumah yang berstatus warga emas dan mempunyai tanggungan anak menepati syarat.
  • Bayaran tambahan RM500 kepada kategori penerima Ibu bapa tunggal (IBT) yang mempunyai tanggungan anak menepati syarat.

JADUAL PEMBAYARAN BKM

Dibawah telah disediakan jadual penuh bayaran BKM 2022 seperti berikut:

  • Bayaran 1 : Bermula 28 Mac 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Bayaran 2 : Bermula 27 Jun 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Bayaran 3 : Bermula 20 September 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Bayaran 4 : Bermula 15 November 2022 dikreditkan secara berperingkat

Nota : Bayaran BKM tambahan RM500 hanya diberikan kepada kategori Ibu bapa tunggal dan warga emas yang menepati syarat sahaja.

INFO LANJUT

Kepada anda yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan pada tahun ini. Untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui lebih terperinci berkenaan bantuan BKM ini. Sila layari laman rasmi BKM atau hubungi talian khas LHDNM di 1-800 88 2747.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button