BANTUANFASA 3STR

STR Fasa 3 : Kategori Penerima & Jumlah Bayaran

STR Fasa 3 adalah merupakan pembayaran Sumbangan tunai rahmah fasa berikutnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Untuk makluman, bayaran STR fasa 2 sedang dibayar secara berperingkat bermula 5 April 2023.

BAYARAN STR FASA 3

Untuk sedia maklum pihak kerajaan telah memaklumakan bahawa penerima bataran STR fasa kedua berdasarkan rujukan fasa pertama. Ini bermakna permohonan baru dan kemaskini STR, bayaran akan diberikan pada fasa seterusnya iaitu ketiga.

Kadar bayaran yang akan diagihkan pada STR fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Di halaman bawah telah disediakan maklumat berkenaan kategori penerima dan jumlah bayaran yang akan didapatkan oleh penerima STR.

JUMLAH BAYARAN FASA 3 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah bayaran yang akan diterima mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KE BAWAH)

  • Bilangan anak (0) : RM300
  • Bilangan anak (1-2) : RM400
  • Bilangan anak (3-4) : RM600
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : Tiada bayaran
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM200
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM250

KATEGORI WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150

Nota : Pembayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 akan diberikan secara berperingkat seperti fasa 1 dan 2. Kedah bayaran akan diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

JADUAL BAYARAN

Untuk makluman umum, pembayaran STR fasa 3 akan diberikan pada bulan Julai 2023. Namun masih belum ada tarikh rasmi dimaklumkan, segala maklumat terkini berkenaan bayaran STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS STR 2023

Kepada yang ingin membuat semakan status STR akaun anda, sila layari laman rasmi MySTR –DI SINI

Anda perlu log masuk MySTR dan maklumat status anda akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif telah dilancarkan oleh pihak kerajaan terutama bantuan berbentuk kewangan. Perlaksanaan bermacam jenis bantuan adalah bagi membantu meringankan beban golongan sasar iaitu B40 dan miskin tegar.

Untuk yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button