FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Fasa 1 Dibenarkan Mulai 7 April

Pengeluaran KWSP fasa 1 dibenarkan untuk pencarum yang ingin membuat pengeluaran melalui program fasiliti sokongan akaun 2. Untuk makluman, pihak KWSP telah mengumumkan bahawa permohonan pengeluaran KWSP FSA2 akan bermula pada 7 April ini.

PENGELUARAN KWSP FASA 1

Untuk sedia maklum, baru-baru ini pihak KWSP telah melancarkan program pengeluaran KWSP bersyarat baru diperkenalkan. Ia dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang mana pencarum / ahli KWSP boleh memohon pengeluaran wang pembiayaan peribadi dari insititusi perbankan.

Pengeluaran KWSP fasa 1 FSA2 adalah merupakan sebuah kemudahan yang bertujuan bagi membantu meringankan beban ahli secara mendapatkan pembiayaan peribadi dari perbankan.

Program pengeluaran bersyarat ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 4 juta pencarum berumur 55 tahun kebawah. Untuk makluman, kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan secara islamik akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka diantara 4 hingga 5 peratus setahun.

PENGELUARAN YANG DIBENARKAN SEHINGGA RM50,000

Untuk pengetahuan, jumlah pembiayaan pengeluaran yang dibenarkan melalui FSA2 adalah minimum RM3,000 sehingga RM50,000 tertakluk pada baki simpanan akaun 2 KWSP pencarum. Untuk ketahui siapa yang layak membuat permohonan pengeluaran KWSP fasa 1 FSA2 ini, sila rujuk dibawah.

KRITERIA KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan kriteria syarat kelayakan bagi permohonan pengeluaran KWSP melalui FSA2 seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan

SENARAI BANK YANG TERLIBAT

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran wang melalui FSA2, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Sila rujuk maklumat penuh di portal rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutama bantuan berbentuk tunai bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button