BANTUANPenghargaan

Senarai Penerima Bayaran Tambahan :Berjumlah RM200 & RM300

Senarai penerima bayaran tambahan atau dikenali bantuan kewangan penghargaan bernilai RM200 & RM300 adalah terdiri daripada rakyat Malaysia. Untuk makluman, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan penghargaan akan dikreditkan kepada penerima yang layak.

SENARAI PENERIMA BAYARAN TAMBAHAN

Ketika berlangsung majlis pelancaran ekonomi Madani, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang akan diagihkan kepada rakyat.

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima manfaat dari bantuan penghargaan. Perlaksanaan insentif khas ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terlibat.

Menerusi pemberian bantuan penghargaan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara kerajaan.

KADAR BANTUAN

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawan bantuan kewangan penghargaan ini akan dibayar tidak lama lagi. Senarai penerima bayaran tambahan mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • Penjawat Awam Gred 56 dan kebawah : Bayaran RM300
  • Pesara kerajaan, pesara berpencen, pesara KWSP, penerima pencen terbitan, pesara pilihan, veteran berpencen dan tidak berpencen : Bayaran RM200

KREDIT E-TUNAI RM100

Bagi pengetahuan umum, kerajaan perpaduan telah mengumumkan satu lagi bantuan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Inisiatif tersebut adalah bantuan kredit e-tunai RM100 seorang.

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan RM100,000 setahun berada dalam kategori B40 & M40 layak menerima kredit e-tunai RM100 ini. Seperti bantuan edompet ebelia rahmah, kredit e-tunai ini boleh ditebus melalui aplikasi pilihan yang telah disediakan.

Segala maklumat terkini berkenaan cara permohonan batuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk sedia maklum, inisiatif yang telah diperkenalkan sebelum ini telah diumumkan pada sidang Belanjawan 2023 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah menawarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan. Terutama bagi golongan miskin tegar dan kumpulan B40.

Bagi mereka yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button