BANTUANeWallet

Bantuan Kredit EWallet Percuma Berjumlah RM200 Untuk Golongan B40

Bantuan kredit ewallet percuma adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2023. Untuk makluman, pelbagai bantuan telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan salah satunya bantuan kredit ewallet.

BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Program bantuan kredit ewallet percuma yang ditawarkan berjumlah RM200 seorang ini merupakan salah satu inisiatif dari kerajaan bagi membantu golongan para belia tahun ini. Ini adalah satu dasar keprihatinan kerajaan dan masih releven bagi meringankan beban golongan B40.

Perlaksanaan bantuan e-tunai rahmah ini adlah bagi menggalakan golongan belia melakukan transaksi tanpa tunai. Apa yang lebih menarik kadar bantuan ewallet percuma ini dinaikkan sebanyak RM200 berbanding bantuan epemula tahun lalu RM150.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan e-tunai rahmah berjumlah RM200 ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan golongan bujang dan belia
  • Berumur 18 sehingga 20 tahun

JUMLAH BAYARAN BANTUAN E-TUNAI RAHMAH

Perlaksanaan program bantuan e-tunai rahmah ini ditawarkan kepada kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia B40. Bantuan ewallet percuma ini ditawarkan pada jumlah RM200 setiap seorang.

CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, bantuan e-tunai rahmah ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Berkenaan tarikh perlaksanaan dan cara permohonan masih belum dimaklumkan. Segala maklumat terkini berkenaan e-tunai rahmah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INISIATIF LAIN YANG DIUMUMKAN

Selain kredit e-tunai rahmah, terdapat inisiatif lain yang telah diumumkan oleh kerajaan antaranya adalah bantuan lesen memandu. Kerajaan bersetuju untuk menanggung kos ujian memandu motorsikal kelas B2, lesen memandu teksi, bas dan e-hailing.

Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan tambahan STR berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah miskin tegar. Bantuan tersebut berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Perkara ini telah dimaklumkan pada sidang BELANJAWAN 2023 bulan Februari lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Pada awal tahun 2023, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button